SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Wednesday, March 31, 2010

Lawatan Penandaarasan Dari SMK Tunku Syed Idrus, Tampin


Pada 25 Mac 2010, rombongan daripada pihak pengurusan SMK Tunku Syed Idrus, Tampin yang diketuai Encik Awalludin bin Mat Din yang juga  Pengetua sekolah berkenaan bersama-sama sembilan orang guru telah melakukan lawatan penandaarasan ke sekolah ini sebagai  satu daripada Program LDP tahun 2010. Rombongan ini telah diraikan di Balai Ibnu Sina. Puan Saadiah binti Saad, Pengetua SMK Palong Dua (F) dalam ucapan alu-aluan beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada rombongan pengurusan SMK Tunku Syed Idrus atas pemilihan sekolah ini untuk dijadikan sebagai penandaarasan bagi tujuan perkongsian ilmu  dengan  hasrat  mewujudkan penambahbaikan pengurusan organisasi  kedua-dua belah pihak.  Manakala Encik Awalludin bin Mat Din dalam ucapan balasnya menyatakan sekolah ini dipilih adalah untuk memberi gambaran sebenar tentang aspek pengurusan fail, bilik-bilik khas, dan persekitaran sekolah.
Menurut beliau lagi, sebelum mereka datang ke sekolah ini, beliau telah memberi taklimat kepada guru-guru di sekolahnya tentang aspek pengurusan tentang perkara berkenaan. Hal ini tidak memadai bagi beliau jika tidak ditunjukkan contoh sebenar yang lebih menampakkan keberkesanannya.

Guru-guru SMK Tunku Syed Idrus telah dibawa melawat persekitaran sekolah yang meliputi Taman Buah Naga, Ujana Ilmu, Ujana Firdausi, Taman Refleksiologi, Taman Dhia'ul Ilmi (Taman SPBT), dan Taman Herbaneka. Bagi bilik-bilik khas pula, mereka dibawa meninjau ke Galeri Anugerah, bilik kelas 4 Iltizam, Makmal Bahasa, Balai Bestari, Perpustakaan Guru, Galeri Sejarah, bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling, bilik Unit Penilaian dan Peperiksaan, pejabat pengurusan, dan bilik guru. 

Rombongan Encik Awalludin bin Mat Din berpuas hati dengan lawatan ini kerana banyak input yang diperoleh yang dapat diimplementasi di sekolah mereka, khususnya dalam aspek keceriaan sekolah. Sebelum pulang, mereka menaruh harapan bahawa SMK Palong Dua (F) berkemampuan untuk mencapai kecemerlangan dalam segenap bidang yang digarisi Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment