SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Monday, March 29, 2010

Mesyuarat Analisis SPM 2010

Keputusan SPM 2009 telah diumumkan pada 11 Mac 2010. Selepas dua minggu pengumuman keputusan tersebut, pihak sekolah ini telah mengadakan Mesyuarat Analisis SPM 2009 pada 25 Mac 2010 di Balai Ibnu Sina pada jam 3:00 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha Puan Saadiah binti Saad, Pengetua SMK Palong Dua (F). Dalam mesyuarat ini, ketua-ketua panitia mata pelajaran telah membentangkan analisis swot dan perincian pencapaian calon-calon SPM 2009. Pelbagai permasalahan yang menjadi faktor kemerosotan subjek-subjek tertentu telah diperbincang dengan panjang lebar bagi mencari formula yang relevan untuk mengatasi segala masalah yang timbul agar tidak berulang pada tahun 2010. 

Puan Saadiah amat berharap guru-guru bersikap proaktif dalam mengesan permasalahan pembelajaran murid-murid dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang bebanan apabila peperiksaan semakin hampir. Kaedah pengajaran hendaklah dipelbagai mengikut tahap pencapaian murid. Guru-guru tidak seharusnya menggunakan kaedah yang sama untuk semua murid atau bersikap zon selesa dengan pencapaian minimum murid. Sebaliknya, mereka perlu memikirkan bagaimana untuk menghasilkan keputusan berkualiti dalam kalangan murid yang berpotensi untuk mencapainya. 
Saranan beliau, guru-guru hendaklah sentiasa merujuk headcount yang disediakan oleh pihak pengurusan sekolah bagi menentukan segala perancangan dan tindak ikut guru-guru tidak tersasar daripada target yang hendak dicapai. Menurut beliau lagi, kerja-kerja yang dilakukan secara bijaksana dan terancang hendaklah menjadi teras utama bagi setiap guru. Pastikan murid-murid sentiasa hadir dalam kelas tambahan yang diwujudkan oleh pihak sekolah dan juga oleh FELDA. 

Dalam ucapan penangguhan, beliau berkeyakinan penuh bahawa guru-guru sekolah ini mampu melonjakkan keputusan SPM 2010 pada tahap yang lebih cemerlang dan menjangkaui gred purata kebangsaan.

No comments:

Post a Comment