SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Thursday, March 18, 2010

Hati Terkenang, Mulut Menyebut




En. Mazlan b. Latif                 En. Zainal b. Ismail

Prinsip yang sentiasa menjadi pegangan hidup saya sedari dahulu, “Zahirkanlah kebaikan orang lain terhadap diri kita, jangan sesekali menyebut-nyebut kebaikan kita kepada orang lain”.Dalam ruangan ini, tidak sempurna fikir hati saya (bukan fikir minda yang loyar buruk lagaknya) kalau tidak dinukilkan jasa bakti kedua-dua sahabat saya, yakni Encik Mazlan bin Latif, mantan GPK HEM dan Encik Zainal bin Ismail, mantan GPK Kokurikulum sekolah ini yang banyak menabur jasa kepada SMK Palong Dua (F), Gemas. Sebelum mereka melanjutkan pengajian dalam bidang kepengetuaan di IAB, kedua-dua sahabat ini, sering mempermudah segala kekangan yang saya hadapi semasa memikul tanggungjawab sebagai Guru Perpustakaan dan Media yang merupakan tunjang amanah buat diri saya yang fakir ini. Kedua-dua  sahabat ini tidak pernah lokek dalam mengemukakan idea-idea bernas yang praktikal sifatnya dalam usaha saya bersama-sama AJK yang lain untuk melonjakkan prestasi PSS SMKPD pada tahap gred A .  Alhamdulillah, pada tahun 2008 dan tahun 2009, PSS sekolah ini telah mencapai prestasi yang cemerlang.

Keikhlasan mereka berdua berkesinambungan apabila kembali semula menjalani latihan Program Sandaran NPQEL di SMKPD yang bermula pada bulan  Oktober 2009 sehingga 10 Mac 2010 dengan memanifestasi jiwa besar dan akal budi bak jauhari mereka seraya menterjemah segala keringat dan perahan minda buat merungkai segala simpang siur permasalahan pengurusan sebuah organisasi yang bernama Pusat Sumber Sekolah. Daripada mereka berdua, terzahir Laman Web yang bernama http://www.samarinda.edu.my/ , blog PSS yang berURLkan http://smkp2-blogspot.com. , dan Taman Herbaneka yang sejuk mata memandang, serta Program Jom ke Sekolah yang unik  persis halaqah guru yang murshid yang  menimbulkan  rasa zauq dalam diri peribadi muridnya.

Saya berdoa moga-moga kedua-dua guru yang selayaknya bergelar “SAHABAT” akan terus lestari dalam profesion yang diceburi dan tidak sesekali jemu dalam menimba ilmu yang bermanfaat, serta dipermudah segala urusan oleh Allah SWT dalam mengejar misi dan visi yang mewadahi cita-cita mereka selama ini.

Ikhlas daripada
Nazari bin Othman
Guru Perpustakaan dan Media






No comments:

Post a Comment