SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Friday, February 28, 2014

PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN SMK PALONG DUA (F)

Sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan mengenai bantuan persekolahan bernilai RM100 tetap diteruskan. Pengumuman bantuan itu terkandung dalam teras ketiga “Mengunggul Modal Insan” dalam intipati Bajet 2014. Bantuan ini bagi meringan beban ibu bapa untuk membayar yuran serta buku sekolah.
BANTUAN PERSEKOLAHAN
 



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMK PALONG DUA (F)

 
 
 


 
WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH..

TERIMA KASIH CIKGU SHALENA!!

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
 
GAMBAR DISEKITAR MAJLIS PERPISAHAN (5/2/2014)
 



 
Terima kasih buat Pn. Nur Shalena bt Mohd Amin kerana telah banyak menyumbang tenaga selama berkhidmat di SMK PALONG DUA. Jasamu tetap dikenang hingga akhir hayat. Selamat berkhidmat di tempat baru. Kami sentiasa merindui gelak tawamu.
 

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH (SMK PALONG DUA (FELDA)

kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini dijalankan setiap tahun dan merupakan satu pra syarat sebelum kejohanan olahraga sekolah berlangsung. aktiviti ini juga merupakan salah satu cara untuk melibatkan semua pelajar dalam sukan dan permainan. ia menjadi asas pemilihan pelajar untuk di pertengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

TARIKH  : 27 JANUARI 2014
MASA      : 3 PETANG
TEMPAT : PADANG SMK PALONG DUA
 






 
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..

Monday, February 24, 2014

PELAJAR CEMERLANG PMR 2013

PADA TAHUN 2013, SMK PALONG DUA (F) TELAH MEMECAH REKOD SEKOLAH KERANA SELAMA 13 TAHUN TIDAK MEMPUNYAI PELAJAR YANG MENDAPAT  'A' DALAM KESELURUHAN SUBJEK YANG DIAMBIL.INI MERUPAKAN KEBANGGAAN BUAT SEMUA WARGA SEKOLAH. SELAIN ITU, SMK PALONG DUA(F) JUGA TELAH MENINGKAT GRED PURATA SEKOLAH (GPS) BERBANDING TAHUN 2012. TAHNIAH BUAT WARGA SEKOLAH SMK PALONG DUA (F)!!

PERBANDINGAN PERATUS KELULUSAN MINIMA D DAN GRED PURATA SEKOLAH PMR 2010-2013

TAHUN
BIL.CALON
BIL. MIN D
PERATUS
BEZA
GRED PURATA SEKOLAH
BEZA
2013
54
15
50.00
9.2
2.76
-0.35
2012
49
17
40.8
 
3.11
 
2011
79
17
31.6
 
3.3
 
2010
62
16
37.1
 
3.3
 


SENARAI PELAJAR CEMERLANG PMR 2013 SMK PALONG DUA(F)

BIL
NAMA
PENCAPAIAN
1
AMIRA BALQISH BINTI SUKRI
8A
2
NURHASINA BINTI MOHD SHAH
7A1B1C
3
NURUL SHAFIQA BINTI MOHAMAD AMRAN
5A2B1C
4
NOOR HAIDATUL AKMA BINTI RAZALI
4A4B
5
ASIYILAH VANI A/P THAMARAI PILLAY
4A3B
6
SITI AISYAH BINTI MOHD NOR
4A3B2C
7
ABDUL MUHAIMIN BIN ABDUL SUKOR
4A3B2D

 

 
TAHNIAH AMIRA BALQISH BINTI SUKRI!!
SEMOGA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT..