Saturday, January 15, 2011

CIKGU MD WAZIR BIN IDRIS

Jasa Baktimu Dikenang Dalam Memartabat 
PSS SMK Palong Dua (F), Gemas

Buat sahabatku yang bernama Md Wazir bin Idris, jasamu kukenangi sepanjang hayat atas hubungan erat sebagai sahabat dan rakan sekerja yang banyak menolongku ketika aku bergelumang dengan amanah yang memberati kedua-dua pundakku. Terpahat kukuh dalam memoriku, tahun 2010 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran buat diriku, tahun aku diberi kepercayaan untuk memikul pelbagai tugas dengan pelbagai sifat yang tak akan ku senarai pendek dalam ruangan ini

Monday, January 10, 2011

PROGRAM MINGGU ORIENTASI DAN TRANSISI PELAJAR TINGKATAN SATU 2011

PROGRAM MINGGU ORIENTASI DAN TRANSISI
PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2011

3 Januari – 7 Januari  2011

Pada 3 Januari hingga 7 Januari 2011, Program Minggu Orientasi dan Transisi Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011 telah diadakankan di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini yang diketuai oleh Kaunselor Sekolah, Puan Nik Nuraini binti Husain. Program ini sangat berfaedah kepada pelajar dalam menempuhi fasa transisi daripada alam sekolah rendah ke alam sekolah menengah

Monday, January 3, 2011

HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU SESI 2011

31 Disember 2010, pendaftaran murid-murid tingkatan satu bagi sesi 2011 telah dijalankan di Dewan Ibnu Khaldun pada jam 10:30 pagi.  63 orang murid tingkatan satu telah mendaftarkan diri. Sebelum sesi pendaftaran dijalankan,   pada pukul 8:30 pagi, sesi taklimat telah diadakan bagi memberi gambaran awal tentang sekolah ini kepada murid-murid tingkatan satu dan para ibu bapa serta penjaga mereka.

Sesi taklimat dimulai dengan penerangan tentang kegiatan kokurikulum yang disampaikan oleh YM Tengku Riduan bin Raja Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Saturday, November 20, 2010

HARI ANUGERAH KUALITI 2010

MAJLIS ANUGERAH KUALITI  
SMK PALONG DUA (F), GEMAS 2010

Matlamat
:
Membentuk budaya kerja yang menjurus kepada penghasilan yang terbaik demi kecemerlangan sekolah.

Saturday, November 13, 2010

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010

Kem Membaca 1 Malaysia 2010

Pendahuluan   :

Tahun 2010, sekolah ini telah  dipertanggungjawab bersama-sama dengan 1004 buah sekolah lagi dari seluruh Malaysia yang terpilih untuk menjayakan Program Kem Membaca 1 Malaysia secara serentak pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan bagi memecahkan Malaysian Book of Records. Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini selari dengan peranan amalan membaca itu sendiri sebagai akses kepada pemerolehan ilmu yang menjadi prasyarat  bagi melonjakkan taraf sosioekonomi dan pembinaan tamadun manusia.

Monday, October 11, 2010

MAJLIS BACAAN YASIN

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT BAGI
CALON-CALON PMR & SPM 2010

OBJEKTIF
  1. Melatih murid dan guru sentiasa berharap kepada pertolongan Allah s.w.t. sama ada ketika senang atau susah.
  2. Melatih murid memohon hajat untuk mendapat kejayaan diri sendiri atau orang lain.
  3. Mendekatkan diri warga sekolah kepada Allah s.w.t. sebagai tempat memohon pertolongan. 
MATLAMAT

Program ini dijalankan bagi memantapkan pembentukan sahsiah dan rohani semua warga sekolah terutamanya kepada calon-calon PMR dan SPM 2010. 

PENGISIAN


Bil
Waktu
Aktiviti
1
4.00 ptg.
Pendaftaran calon-calon PMR dan SPM.
2
4.30 ptg.
Solat asar
3
5.00 ptg.
Ceramah Motivasi
Ustaz Zulkarnain Itam dari Maahad Ahmadi
4
6.00 ptg.
Pendaftaran Ibu bapa/Penjaga
5
6.30 ptg.
Makan malam
6
7.20 mlm.
Solat maghrib, zikir munajat, solat sunat hajat dan bacaan Yasin.
7
9.00 mlm.
Solat isyak
8
9.30 mlm.
Majlis bersurai


Gambar-gambar Sekitar Majlis













Saturday, September 18, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-52 DAN HARI MALAYSIA


Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52
Dan
Hari Malaysia
 Peringkat SMK Palong Dua (F), Gemas

16 0G0S 2010 HINGGA 16 SEPTEMBER 2010

 “SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI”

Tanggal 31 Ogos dan 16 September membawa erti yang amat besar buat rakyat Malaysia kerana kedua-dua tarikh tersebut merupakan tarikh keramat yang melambangkan bebasnya negara kita daripada belenggu penjajahan dan wujudnya negara yang bernama Malaysia. Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia perlu diraikan sebagai tanda kesyukuran dan kebanggaan kita terhadap tanah air yang bertuah ini. Kita juga merayakan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia sebagai tanda terima kasih kita kepada para pejuang yang telah berkorban jiwa dan raga demi membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Hasil daripada perjuangan mereka, maka lahirlah negara kita yang merdeka dan berdaulat. Atas rasa tanggungjawab dan perasaan cinta akan negara ini, warga SMK Palong Dua (F), Gemas tidak mahu ketinggalan untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52 dan Hari Malaysia demi memupuk dan meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan warganya.

Objektif :  
a.
Memupuk semangat cinta akan negara.
b.
        Menanam minat kepada pelajar supaya lebih mencintai subjek Sejarah.
c.
Menghargai jasa da pengorbanan pemimpin-pemimpin negara.
d.
Menimba pengalaman berdasarkan aktiviti yang dijalankan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan murid.

Gambar-gambar Sekitar Majlis Pelancaran

Para Hulubalang Pembawa Watikah

Pembacaan Ikrar

Penyerahan Watikah

Pembacaan Watikah Oleh Tuan Pengetua

Pelepasan Burung Merpati Sebagai Tanda Bebas
Daripada Belenggu Penjajahan

Terbang Bebas Lambang Kemerdekaan


Gambar-gambar Aktiviti Sepanjang 
Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Pertandingan Lagu Patriotik


Pertandingan Sajak Kemerdekaan

Pertandingan Sukan Rakyat


Ingat!
Sesungguhnya Tuntutan
PENGISIAN KEMERDEKAAN Itu
Lebih Sukar Daripada
Usaha-usaha Memperjuangkan 
Kemerdekaan