SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Saturday, November 20, 2010

HARI ANUGERAH KUALITI 2010

MAJLIS ANUGERAH KUALITI  
SMK PALONG DUA (F), GEMAS 2010

Matlamat
:
Membentuk budaya kerja yang menjurus kepada penghasilan yang terbaik demi kecemerlangan sekolah.

Saturday, November 13, 2010

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010

Kem Membaca 1 Malaysia 2010

Pendahuluan   :

Tahun 2010, sekolah ini telah  dipertanggungjawab bersama-sama dengan 1004 buah sekolah lagi dari seluruh Malaysia yang terpilih untuk menjayakan Program Kem Membaca 1 Malaysia secara serentak pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan bagi memecahkan Malaysian Book of Records. Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini selari dengan peranan amalan membaca itu sendiri sebagai akses kepada pemerolehan ilmu yang menjadi prasyarat  bagi melonjakkan taraf sosioekonomi dan pembinaan tamadun manusia.

Monday, October 11, 2010

MAJLIS BACAAN YASIN

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT BAGI
CALON-CALON PMR & SPM 2010

OBJEKTIF
  1. Melatih murid dan guru sentiasa berharap kepada pertolongan Allah s.w.t. sama ada ketika senang atau susah.
  2. Melatih murid memohon hajat untuk mendapat kejayaan diri sendiri atau orang lain.
  3. Mendekatkan diri warga sekolah kepada Allah s.w.t. sebagai tempat memohon pertolongan. 
MATLAMAT

Program ini dijalankan bagi memantapkan pembentukan sahsiah dan rohani semua warga sekolah terutamanya kepada calon-calon PMR dan SPM 2010. 

PENGISIAN


Bil
Waktu
Aktiviti
1
4.00 ptg.
Pendaftaran calon-calon PMR dan SPM.
2
4.30 ptg.
Solat asar
3
5.00 ptg.
Ceramah Motivasi
Ustaz Zulkarnain Itam dari Maahad Ahmadi
4
6.00 ptg.
Pendaftaran Ibu bapa/Penjaga
5
6.30 ptg.
Makan malam
6
7.20 mlm.
Solat maghrib, zikir munajat, solat sunat hajat dan bacaan Yasin.
7
9.00 mlm.
Solat isyak
8
9.30 mlm.
Majlis bersurai


Gambar-gambar Sekitar Majlis













Saturday, September 18, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-52 DAN HARI MALAYSIA


Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52
Dan
Hari Malaysia
 Peringkat SMK Palong Dua (F), Gemas

16 0G0S 2010 HINGGA 16 SEPTEMBER 2010

 “SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI”

Tanggal 31 Ogos dan 16 September membawa erti yang amat besar buat rakyat Malaysia kerana kedua-dua tarikh tersebut merupakan tarikh keramat yang melambangkan bebasnya negara kita daripada belenggu penjajahan dan wujudnya negara yang bernama Malaysia. Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia perlu diraikan sebagai tanda kesyukuran dan kebanggaan kita terhadap tanah air yang bertuah ini. Kita juga merayakan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia sebagai tanda terima kasih kita kepada para pejuang yang telah berkorban jiwa dan raga demi membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Hasil daripada perjuangan mereka, maka lahirlah negara kita yang merdeka dan berdaulat. Atas rasa tanggungjawab dan perasaan cinta akan negara ini, warga SMK Palong Dua (F), Gemas tidak mahu ketinggalan untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52 dan Hari Malaysia demi memupuk dan meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan warganya.

Objektif :  
a.
Memupuk semangat cinta akan negara.
b.
        Menanam minat kepada pelajar supaya lebih mencintai subjek Sejarah.
c.
Menghargai jasa da pengorbanan pemimpin-pemimpin negara.
d.
Menimba pengalaman berdasarkan aktiviti yang dijalankan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan murid.

Gambar-gambar Sekitar Majlis Pelancaran

Para Hulubalang Pembawa Watikah

Pembacaan Ikrar

Penyerahan Watikah

Pembacaan Watikah Oleh Tuan Pengetua

Pelepasan Burung Merpati Sebagai Tanda Bebas
Daripada Belenggu Penjajahan

Terbang Bebas Lambang Kemerdekaan


Gambar-gambar Aktiviti Sepanjang 
Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Pertandingan Lagu Patriotik


Pertandingan Sajak Kemerdekaan

Pertandingan Sukan Rakyat


Ingat!
Sesungguhnya Tuntutan
PENGISIAN KEMERDEKAAN Itu
Lebih Sukar Daripada
Usaha-usaha Memperjuangkan 
Kemerdekaan
  


Sunday, September 5, 2010

PROGRAM IHYA RAMADAN & BULAN PENDIDIKAN ISLAM 1431 H

PROGRAM IHYA RAMADAN 
DAN 
BULAN PENDIDIKAN ISLAM  2010 M / 1431 H


SMK Palong Dua (FELDA), Gemas, Negeri Sembilan

11 Ogos hingga 3 September 2010


OBJEKTIF
  • Mengisi bulan yang mulia dengan ibadat-ibadat dan aktiviti yang bersesuaian dengan syariat untuk murid-murid dan guru.
  • Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. 
  • Meningkatkan keimanan dan ketakwaan semua warga sekolah demi kecemerlangan dunia dan akhirat. 
    MATLAMAT 

    Memberi kesedaran kepada semua warga sekolah amnya, dan murid-murid khususnya tentang kepentingan beramal soleh pada bulan Ramadan bagi mendekatkan diri warga sekolah kepada Allah SWT sebagai tempat memohon pertolongan dengan mengerjakan puasa fardu dan ibadat-ibadat sunat sebagai wadah menguatkan jati diri murid dalam mengharungi kehidupan di dalam dan luar sekolah.

    AKTIVITI
      1. Pelancaran Ihya Ramadan 
      2. Bacaan Al-Quran dan Terjemahannya
      3. Ceramah Ihya Ramadan
      4. Tadarus Al-Quran
      5. Mari Bersedekah
      6. Solat Sunat Dhuha dan Solat Hajat
      7. Tadarus Guru dan Staf
      8. Tazkirah Ramadan
      9. Teka Silangkata Ramadan
      10. Kuiz Ramadan
      11. Pertandingan Kad Ucapan
      12. Pertandingan Nasyid Unit Beruniform Ihya Ramadan
      13. Iftar Jam’ie dan Solat Tarawih 
      14. Majlis Khatam Al-Quran       

       Gambar-gambar 
      Semasa Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan dan Bulan Pendidikan Islam








       Gambar-gambar Aktiviti 
      Sepanjang Program Ihya Ramadan dan Bulan Pendidikan Islam























          Monday, August 16, 2010

          MINGGU BAHASA 2010

          MINGGU BAHASA 2010
          SMK PALONG DUA (F), GEMAS

          Minggu Bahasa sekolah ini telah berjaya dijalankan bermula dari 9 Ogos 2010 hingga 13 Ogos 2010, hasil kerjasama Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, dan Panitia Bahasa Arab. Program ini  merupakan aktiviti yang mampu membentuk kemantapan dan kekuatan aspek kebahasaan dalam kalangan pelajar. Program ini juga mempu menyuntik nilai keberanian dalam diri pelajar untuk tampil ke hadapan menyumbang idea-idea bernas.

          Matlamat

          Melahirkan golongan pelajar yang berani, berkerampilan, dan berpengalaman.

          Objektif
          1. Membentuk dan membudayakan sikap cinta akan ilmu pengetahuan sama ada yang berbentuk akademik atau pengetahuan am.
          2. Membina generasi pelajar yang berketerampilan dalam bidang kebahasaan.
          3. Menerapkan nilai-nilai murni dan estetika dalam kalangan pelajar melalui disiplin bahasa.
          Aktiviti-aktiviti  yang Dijalankan Sepanjang Minggu Bahasa 


          Bahasa Melayu

          Teka Silang Kata
          Pertandingan Bercerita
          Pertandingan Deklamasi Sajak
          Kuiz Tatabahasa

            Bahasa Inggeris 

            Colouring Contest
            Poem
            Spelling Bee
             
              Bahasa Arab 

              Pertandingan Tulisan Khat
              Nasyid
              Kalimah Hafazan
              Kuiz 
               
                Gambar-gambar Sekitar Minggu Bahasa








                "BAHASA MELAYU DIMARTABATKAN,
                BAHASA INGGERIS DIMANTAPKAN,
                BAHASA ARAB DIPERKUKUH"