SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Tuesday, March 30, 2010

Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Jempol 2010

Pada 23 Mac 2010, SMK Palong Dua (F) telah diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan PPD Jempol dan Jelebu untuk mengelolakan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Jempol 2010. Pertandingan ini bermula pada jam 10:30 pagi. 11 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada kali ini. Sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan ini dibahagikan kepada dua kumpulan melalui pengundian. Kumpulan A terdiri daripada enam buah sekolah, manakala Kumpulan B pula lima buah sekolah. Dua buah sekolah daripada setiap kumpulan yang memperoleh yang tertinggi secara automatik layak memasuki pusingan akhir. Empat buah sekolah yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat pusingan akhir ialah SMK Seri Jempol, SBPI Jempol, SMK Bandar Baru Serting, dan SMK Palong Dua (F). 
Dalam pertandingan ini, pasukan forum sekolah ini diwakili oleh Hairatul Madihah binti Mohamad, selaku Pengerusi Forum, ahli-ahli panelnya pula terdiri daripada Norshaherah binti Mohd Idris, Nurul Atiqah binti Zainoddin, Nor Shamsinar binti Abd Manaf, dan ahli panel simpanan ialah Rosmalina binti Ruslan. Tajuk forum yang menjadi topik perbincangan mereka ialah "Jimat Cermat Membawa Berkat". Kesemua ahli panel ini merupakan pelajar tingkatan empat.

Majlis penutupan pertandingan ini telah disempurnakan oleh Cik Hazlina binti Rani, Guru Penolong Kanan Akademik SMK Palong Dua (F) yang mewakili Puan Saadiah binti Saad, Pengetua sekolah ini yang merangkap sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Forum Remaja Peringkat  Daerah Jempol 2010. Teks ucapan Pengetua telah dibacakan oleh Cik Hazlina binti Rani. Dalam teks ucapan, Pengetua menyatakan,"Melalui aktiviti berforum, para pelajar akan dapat berlatih menggunakan perkataan yang tepat dan bermakna dengan struktur ayat yang gramatis.    Nada dan tekanan suara memainkan peranan penting dalam menentukan   keberkesanan aktiviti berforum. Nada dan tekanan yang berbeza akan membantu pendengar mengesan isi atau fakta yang penting atau  sebaliknya. Oleh hal yang demikian, aktiviti berforum akan menjadi asas   untuk melatih murid menggunakan gaya bahasa mengikut situasi".

Menurut Tuan Pengetua lagi, "Dalam aktiviti berforum, penggunaan bahasa yang bertatasusila sangat diutamakan, terutama ketika memulakan sesi forum, seperti ucapan salam, serta kata sapaan mengikut gelaran dan jawatan. Penggunaan laras bahasa juga perlu disesuaikan dengan tajuk atau bidang yang  diperkatakan. Hal ini bererti, aktiviti berforum akan dapat membantu murid memperluas kosa kata dan menggunakan bahasa yang bermutu tinggi, serta membantu membina kematangan berfikir yang menjadi asas kepada  pembentukan nilai-nilai kepemimpinan dalam kalangan pelajar". 

Aktiviti berforum merupakan penggalak bagi pemupukan budaya  membaca dalam kalangan murid kerana dalam proses penyediaan aktiviti berforum, murid perlu membuat rujukan yang mendalam tentang tajuk    yang berkaitan. Hal ini bertujuan agar murid memperoleh fakta yang tepat. Melalui cara ini, guru dapat memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Seterusnya, kegiatan ini akan dapat memperluas pengetahuan   murid dalam pelbagai bidang disiplin ilmu yang selari dengan hala tuju kehidupan masa kini yang beraspirasikan modal insan yang  berpengetahuan, lebih-lebih lagi trend kehidupan pasca abad ke-20 telah beralih arah kepada kegiatan ekonomi yang berasaskan kreativiti dan inovasi", ujarnya lagi.

Seterusnya, beliau juga menerangkan, "Nilai-nilai murni juga dapat disemai melalui aktiviti berforum kerana murid dikehendaki menggunakan bahasa bertatasusila ketika menjalankan aktiviti ini. Mereka juga dilatih untuk menajamkan keprihatinan mereka terhadap nilai-nilai masyarakat, dan situasi ini dengan sendirinya  akan melatih mereka sentiasa peka terhadap persekitaran mereka. Tambahan pula pada masa kini nilai-nilai murni semakin terhakis daripada sanubari generasi remaja.  Bertepatan sekali, aktiviti berforum dijadikan salah satu aktiviti wajib dalam kalendar koakademik PPD kita".

"Kemampuan menyampaikan maklumat dengan berkesan dan bermakna merupakan asas dalam pemupukan sifat-sifat kepimpinan seseorang. Aktiviti berforum mempunyai kapasiti untuk memantapkan keyakinan diri serta menonjolkan kemampuan seseorang untuk mempengaruhi orang lain. Seseorang yang berkebolehan dalam berforum akan memiliki keyakinan dan kemampuan menghadapi pelbagai masalah dan bersikap dinamik dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan pantas, atau lebih tepat lagi dapat menjana individu yang memiliki kepantasan berfikir. Aktiviti berforum melatih murid bercakap di hadapan khalayak dan secara tidak langsung dapat memupuk sifat berani tampil ke  hadapan bagi menyelesaikan masalah dan bertanggungjawab terhadap  diri sendiri dan juga kepada orang lain".

Pada akhir ucapan, beliau memberitahu, "Saya ingin berkongsi idea dengan para hadirin bahawa aktiviti   lisan sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pendekatan ini perlu diketengahkan dengan tujuan supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur pada peringkat rendah dan tinggi. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan lebih baik, para guru perlu  merancang pelbagai aktiviti yang dapat melibatkan sepenuhnya kemahiran murid-murid".

Keputusan penuh pertandingan ini adalah seperti yang berikut:

KATEGORI PASUKAN

KEDUDUKAN
NAMA SEKOLAH
JOHAN
SMK SERI JEMPOL
NAIB JOHAN
SBPI JEMPOL
TEMPAT KETIGA
SMK BANDAR BARU SERTING
TEMPAT KEEMPAT
SMK PALONG DUA (F)

KATEGORI INDIVIDU

KATEGORI
NAMA PEMENANG
NAMA SEKOLAH
AHLI FORUM TERBAIK
NUR MASTURAH AFIFI BINTI
ABDUL RASHID
(Ahli Panel Ke-3)
SMK SERI JEMPOL
PENGERUSI TERBAIK
IRWAN NORASYRAF BIN ZULKAFFLI
SMK SERI JEMPOL


Hadiah-hadiah dan sijil-sijil telah disampaikan oleh Cik Hazlina binti Rani kepada para pemenang. Majlis berakhir pada pukul 3:35 petang.

2 comments:

  1. SMK Seri jempol lagi... bosan!! haha, SMKBBS asyik dapat no dua, no tiga..

    ReplyDelete
  2. Dijemput pasukan bahas sekolah Tuan/Puan untuk menyertai program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2013 pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di IPGKPI, Bangi, Selangor.

    Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari http://belajardebat.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete