SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Thursday, March 18, 2010

Latihan Kawad Kebakaran

Latihan kawad kebakaran merupakan aktiviti wajib yang perlu dijalankan oleh setiap sekolah tanpa sebarang kompromi. Pematuhan setiap sekolah terhadap latihan ini
amat dititikberatkan kerana budaya kesiapsiagaan dalam menghadapi kejadian kebakaran merupakan langkah proaktif bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa. Sebagai menyahut arahan pihak berwajib, pada 3 Mac 2010, sekolah ini telah mengadakan latihan kawad kebakaran untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang langkah-langkah awal bagi menghadapi kejadian kebakaran yang boleh berlaku pada bila-bila masa di bangunan sekolah. Catatan masa yang diambil oleh murid-murid sekolah ini untuk berkumpul di kawasan padang sekitar empat minit sahaja. Piawaian masa yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat ialah tiga minit. Pegawai Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau yang hadir untuk memantau latihan yang diadakan pada hari ini, berpuas hati dengan  catatan masa yang dicatatkan oleh murid-murid walaupun tidak mencapai standard yang telah ditetapkan.  Pegawai tersebut menyarankan pihak sekolah perlu lebih kerap mengadakan latihan ini bagi  mencapai  standard masa yang ditetapkan. Selepas latihan kawad kebakaran, pihak Bomba dan Penyelamat Bahau telah mengadakan demonstrasi cara-cara memadam kebakaran yang berpunca daripada pelbagai sumber dengan menggunakan alat pemadam kebakaran yang bersesuaian dengan punca sesuatu kebakaran itu berlaku. Murid-murid dan para guru juga diberi peluang untuk menggunakan alat pemadam kebakaran bagi memadamkan api yang berpunca daripada pelbagai sumber.

No comments:

Post a Comment