SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Thursday, April 8, 2010

Kem Kemahiran Bahasa al-Quran (KEMBAQ)


Bahasa Arab atau bahasa al-Quran merupakan subjek yang diajar dalam sistem pendidikan di sekolah -sekolah menengah agama dan juga di sekolah-sekolah menengah kebangsaan yang menawarkan Kelas Aliran Agama (KAA). Realiti yang kita lihat di mana-mana jua sekolah yang menawarkan pembelajaran Bahasa Arab, sesuatu pemikiran yang telah tertanam kukuh dalam minda murid dalam aliran agama atau KAA bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai. Lantaran itu, sebilangan besar daripada mereka mengambil jalan mudah terus tidak mempelajari bahasa ini selepas menduduki peperiksaan PMR atau SPM. Tidak adil bagi kita untuk meletakkan segala kelemahan ini ke atas diri mereka. Sebenarnya, segala kelemahan yang wujud ini, perlu dianalisis secara holistik dan bukannya melalui tindakan secara tidak bertanggungjawab seumpama main serkap jarang. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang mafhumnya,  setiap penyakit pasti ada ubatnya. Justeru, bagi mendepani sindrom ini, pihak Panitia Bahasa Arab SMK Palong Dua (F) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program Kemahiran Bahasa al-Quran atau akronimnya KEMBAQ dengan kerjasama KEMBAQ Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan pada 30 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010 yang lalu, bertempat di Dewan Ibnu Khaldun bagi memberi pendedahan yang mendalam tentang Bahasa Arab kepada murid-murid Kelas Aliran Agama di sekolah ini dengan hasrat untuk memperkukuh kemahiran Bahasa Arab mereka dan sebagai persediaaan bagi menduduki peperiksaan PMR 2010. Kumpulan sasaran bagi program ini ialah murid-murid Tingkatan Satu Iltizam, Tingkatan Dua Iltizam, dan Tingkatan Tiga Iltizam. Jumlah murid yang terlibat daripada ketiga-tiga tingkatan tersebut ialah 81 orang.

Program Kemahiran Bahasa al-Quran atau lebih dikenali sebagai KEMBAQ mula diperkenalkan di Maahad Ahmadi sejak tahun 2008 lagi dengan kerjasama pelajar STAM 2008 di bawah bimbingan Ustaz Zulkarnain bin Itam. Kemudian, KEMBAQ mula diperluas identitinya di sekolah-sekolah menengah agama di Negeri Sembilan dan di sekolah bukan aliran agama di negeri Selangor. Pengisian aktiviti KEMBAQ berteraskan Bahasa Arab dan diberi pendekatan dengan kaedah cara mudah mempelajari asas bahasa al-Quran. Pendekatan yang di guna pakai oleh Ustaz Zulkarnain adalah dengan belajar bersama-sama di bawah  bimbingan fasilitator-fasilitator terlatih iaitu para pelajar lepasan STAM 2008. Kaedah yang digunakan berkonsepkan empat modul, iaitu kitabah (menulis), istima’ (mendengar), kalam ( bertutur), dan qiraah (membaca). Keempat-empat kemahiran tersebut penting bagi penguasaan Bahasa Arab yang sempurna. Secara keseluruhan, program ini sedikit sebanyak membantu para pelajar mendalami subjek Bahasa Arab dan sekali gus menimbulkan minat mereka akan bahasa wahyu ini.

Objektif program ini adalah seperti yang berikut:

2.1 Boleh bertutur dalam bahasa ini bersama-sama rakan taulan sama ada dalam kelas mahupun di luar kelas pada bila-bila masa.

2.2 Mampu menjadi rakan pembimbing bagi pelajar lain dalam memartabatkan bahasa al-Quran terutamanya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.3  Menanam fikiran positif  bahawa Bahasa Arab mudah dipelajari dan seronok untuk dipertuturkan, malah dapat menimbulkan rasa bertanggungjawab untuk memperkasa bahasa ini.

2.4 Mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan subjek Bahasa Arab dengan baik dan lulus cemerlang sama ada ketika ujian mahupun dalam peperiksaan dalaman sekolah.

2.5 Mampu menjawab soalan peperiksaan subjek Bahasa Arab PMR serta memperoleh keputusan yang cemerlang bagi subjek tersebut.

Panitia Bahasa Arab sekolah ini sentiasa berpegang kepada prinsip asas iaitu tiada kejayaan yang akan tercetus daripada usaha bersendirian, melainkan komitmen yang didasari wasilah yang berasaskan TEAM WORK yang merupakan wahana yang ampuh bagi menatijahkan kejayaan sama ada dalam aspek kemahiran berbahasa ataupun kualiti pencapaian dalam peperiksaan di bawah kelolaan kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment