SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Saturday, January 23, 2010

Sesi Profesionalisme Kali Pertama 2010



23 Januari 2010, sekolah ini telah menjemput dua orang pegawai kanan daripada Unit Perjawatan dan Perkhidmatan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk menjayakan Sesi Profesionalisme Kali Pertama Sesi 2010. Pegawai tersebut ialah Encik Shaharuddin bin Mohd Yusof, Pegawai Eksekutif Kanan dan Puan Shamsiah binti Khamis, Ketua Pembantu Tadbir.

Encik Shaharuddin telah memberi taklimat tentang Buku Perkhidmatan, Peraturan-peraturan Pegawai Awam dan Tatatertib yang berkaitan dengan cuti, pakaian penjawat awam semasa menjalankan tugas, pematuhan
masa kerja, dan jawatan pool.

Puan Shamsiah pula memberi fokus tentang peluang-peluang kenaikan pangkat untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah.

Tuan Pengetua, Puan Saadiah binti Saad dalam ucapan penangguhannya berharap taklimat yang diberi oleh kedua-dua pegawai yang berpengalaman ini dapat memberi gambaran sebenar tentang amanah yang perlu dipikul oleh para penjawat awam dan dapat memberikan pendedahan yang jelas tentang peluang-peluang kenaikan pangkat dalam perjawatan guru dan kumpulan staf sokongan.

No comments:

Post a Comment