Kita telah didedah tentang bagaimana berkuasanya pihak di Barat merosakkan ekonomi atau sistem pertahanan sesebuah negara tanpa bersusah payah dengan pengerahan angkatan tentera yang berskala besar bagi menawan sesebuah negara. Cukup sekadar dengan klik di hujung jari, mereka mampu memporak-peranda dan melakukan segala-galanya tanpa disedari oleh pihak yang gagal menguasai teknologi ini. Dengan fenomena yang dipaparkan, kita bertanggungjawab menguasai bidang ini bagi tujuan mendidik anak-anak didik kita agar membudayakannya dalam kehidupan mereka.
Blog sebagai satu daripada cabang ICT merupakan inovasi yang ampuh bagi merealisasikan modal insan yang berkeupayaan mencipta kecemerlangan. Banyak aspek yang positif dapat dijana melalui penggunaan blog, kerana kita dapat bergerak secara proaktif berbanding kaedah tradisional. Penggunaan blog tidak lagi membatasi kita dengan ikatan jadual dan prosedur-prosedur ketat yang membelenggui kita selama ini. Terpulang kepada empunya diri, sama ada mereka mahu berubah atau mereka diubah oleh persekitaran yang tidak lagi mengenal erti kalimah tunggu apatah lagi simpati. Tepuklah dada, tanyalah minda. Renung-renungkanlah.
No comments:
Post a Comment