SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Saturday, January 23, 2010

Mesyuarat Post Mortem PMR 2009

 21 Januari 2010, Mesyuarat Post Mortem PMR 2009 telah diadakan bagi membincangkan punca-punca berlakunya kemerosotan pencapaian subjek-subjek tertentu yang membawa  kepada kemerosotan gred purata sekolah. 

Guru-guru diarahkan membuat analisis SWOT bagi mencari jalan mengatasi segala kelemahan yang ada untuk melonjak kualiti prestasi PMR murid-murid tingkatan tiga bagi sesi 2010.

Menurut Pengetua, guru-guru perlu mengesan punca-punca mengapa sasaran PMR 2009 tidak tercapai. Beliau berharap dalam PMR 2010, sekurang-kurangnya lima orang murid akan mendapat semua A untuk semua subjek.

Dalam mesyuarat ini juga turut dibentangkan Headcount PMR 2010. Para guru perlu mengetahui kekuatan dan peluang yang ada untuk digembleng bagi mempertingkat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Segala kelemahan dan ancaman yang dikesan hendaklah diminimumkan. 


No comments:

Post a Comment