SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Wednesday, March 31, 2010

Lawatan Penandaarasan Dari SMK Tunku Syed Idrus, Tampin


Pada 25 Mac 2010, rombongan daripada pihak pengurusan SMK Tunku Syed Idrus, Tampin yang diketuai Encik Awalludin bin Mat Din yang juga  Pengetua sekolah berkenaan bersama-sama sembilan orang guru telah melakukan lawatan penandaarasan ke sekolah ini sebagai  satu daripada Program LDP tahun 2010. Rombongan ini telah diraikan di Balai Ibnu Sina. Puan Saadiah binti Saad, Pengetua SMK Palong Dua (F) dalam ucapan alu-aluan beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada rombongan pengurusan SMK Tunku Syed Idrus atas pemilihan sekolah ini untuk dijadikan sebagai penandaarasan bagi tujuan perkongsian ilmu  dengan  hasrat  mewujudkan penambahbaikan pengurusan organisasi  kedua-dua belah pihak.  Manakala Encik Awalludin bin Mat Din dalam ucapan balasnya menyatakan sekolah ini dipilih adalah untuk memberi gambaran sebenar tentang aspek pengurusan fail, bilik-bilik khas, dan persekitaran sekolah.

Tuesday, March 30, 2010

Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Jempol 2010

Pada 23 Mac 2010, SMK Palong Dua (F) telah diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan PPD Jempol dan Jelebu untuk mengelolakan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Jempol 2010. Pertandingan ini bermula pada jam 10:30 pagi. 11 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada kali ini. Sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan ini dibahagikan kepada dua kumpulan melalui pengundian. Kumpulan A terdiri daripada enam buah sekolah, manakala Kumpulan B pula lima buah sekolah. Dua buah sekolah daripada setiap kumpulan yang memperoleh yang tertinggi secara automatik layak memasuki pusingan akhir. Empat buah sekolah yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat pusingan akhir ialah SMK Seri Jempol, SBPI Jempol, SMK Bandar Baru Serting, dan SMK Palong Dua (F). 

Monday, March 29, 2010

Mesyuarat Analisis SPM 2010

Keputusan SPM 2009 telah diumumkan pada 11 Mac 2010. Selepas dua minggu pengumuman keputusan tersebut, pihak sekolah ini telah mengadakan Mesyuarat Analisis SPM 2009 pada 25 Mac 2010 di Balai Ibnu Sina pada jam 3:00 petang.

Saturday, March 27, 2010

Pelancaran Pameran Bertema 2010




Pameran bertema merupakan satu daripada program tahunan dalam takwim PSS. Namun pada tahun ini, buat julung kalinya pihak PSS bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling menjalankan program ini secara bersama-sama dengan tujuan untuk memberi dimensi baharu agar pameran yang diadakan pada sesi 2010 tidak lagi berbentuk stereotaip sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Tambahan pula, enrolmen guru sekolah ini mula menghala ke arah jumlah yang semakin mengecil.  Atas sebab ini, setiap unit yang diketuai oleh guru yang dipertanggungjawabkan agar sukar untuk bergerak secara bersendirian bagi melaksanakan sesuatu program yang dirancangkan. Sebagai alternatifnya, setiap unit perlu menjalankan sesuatu program itu secara kolaboratif. Selain dapat menjimatkan tenaga, kos, dan masa, langkah ini juga dapat mewujudkan pembaharuan yang lebih kreatif dan inovatif selaras dengan aspirasi YAB Perdana Menteri kita. Sehubungan itu, dalam Perhimpunan Rasmi Hari  Isnin bersamaan dengan 8 Mac 2010, bertempat di Dataran Ilmu, Yang Berusaha Puan Saadiah binti Saad, Pengetua SMK Palong Dua (F) telah diberi penghormatan untuk melancarkan Program Pameran Bertema 2010 sebagai satu daripada usaha mempromosi program ini bagi memastikan info pameran ini dapat disebarluaskan dalam kalangan warga sekolah ini. 

Antara  tema penting yang dipamerkan sepanjang pameran ini berlangsung dari bulan Mac  2010 hingga akhir bulan Oktober 2010 adalah seperti yang berikut:
 
1.
Bidang Akademik
2.
Bidang Disiplin
3.
Bidang Psikososial
4.
Dadah/Rokok/HIV
5.
IPTA/IPTS

Puan Saadiah binti Saad dalam ucapan beliau menyatakan, "Pameran bertema ini dapat memberi banyak manfaat kepada pelajar khususnya yang berkaitan dengan pembinaan jati diri dan persiapan diri bagi membina kerjaya selepas tamat persekolahan nanti. Oleh itu,  para pelajar perlu mengambil kesempatan mengunjungi pameran ini yang bertempat di perpustakaan bagi mendapatkan input-input yang berguna bagi membuka minda dan melakukan perubahan diri dalam usaha membina keperibadian yang unggul bagi menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi dalam khalayak masyarakat di luar lingkungan alam persekolahan". 

Menurut beliau lagi, "Pihak pengurusan PSS dan Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menyediakan hadiah bagi pengunjung bertuah untuk para pelajar,  warga guru, staf sokongan, dan pekerja swasta. Angka bagi pengunjung yang bertuah adalah rahsia. Dengan itu, rajin-rajinlah berkunjung ke pameran ini, manalah tahu anda merupakan pengunjung yang bertuah untuk menerima hadiah yang ditawarkan. Tentang nilai hadiah dan kriteria pengunjung bertuah, silalah berhubung dengan Guru Perpustakaan dan Media sekolah ini bagi mendapatkan maklumat terperincinya.  Selain pengunjung bertuah, pertandingan kuiz soalan terkumpul juga diadakan bagi memastikan pameran ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan. Soalan-soalan yang akan dikemukakan adalah berdasarkan tema-tema yang dipamerkan sepanjang pameran ini dijalankan. Hadiahnya lebih lumayan berbanding hadiah pengunjung bertuah. Kategori ini dikhaskan kepada para pelajar sahaja. Justeru, para pelajar yang dikasihi, rebutlah peluang yang disediakan dan janganlah bersikap tunggu dan lihat".
 
Tuan Pengetua pada akhir ucapannya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada kedua-dua unit ini, serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Saturday, March 20, 2010

Keputusan SPM 2009


B
I
L

S
U
B
J
E
K

PERINGKAT GRED
%
L
U
L
U
S
G
P
M
P
CEMERLANG
KEPUJIAN
LULUS
GAGAL
A+
A
A-
%
B+
B
C+
C
%
D
E
%
G
%
1
BM
2
6
11
28.8
18
14
4
5
62.1
3
2
7.6
1
1.5
98.5
3.55
2
BI
-
-
-
-
1
3
4
2
15.2
25
20
68.2
11
16.7
83.3
7.29
3
BI C
-
-
-
-
-
-
-
3
4.5
5
11
24.2
47
71.2
28.8
8.55
4
PI
1
4
11
24.2
10
16
12
3
62.1
2
3
7.6
4
6.1
93.9
4.12
5
SJ
1
1
5
10.6
3
13
5
9
45.5
11
10
31.8
8
12.1
87.9
5.76
6
MT
3
5
3
16.7
4
2
9
4
28.8
11
10
31.8
15
22.7
77.3
5.94
7
SN
-
-
1
2.9
2
4
8
4
52.9
5
8
38.2
2
5.9
94.1
6.03
8
PSV
-
-
-
-
5
4
4
1
82.4
2
1
17.6
-
-
100.0
4.65
9
AM
-
-
-
-
1
-
1
1
9.4
2
9
34.4
18
56.3
43.8
8.19
10
PG
-
-
-
-
-
-
1
1
11.8
9
5
82.4
1
5.9
94.1
7.24
11
LK
-
-
-
-
1
1
1
1
23.5
2
1
17.6
10
58.8
41.2
7.65
12
PHY
-
-
-
-
-
-
3
2
15.6
6
18
75.0
3
9.4
90.6
7.50
13
CHE
-
-
-
-
-
1
-
1
6.3
3
20
71.9
7
21.9
78.1
7.94
14
BIO
-
-
-
-
-
-
1
2
20.0
4
8
80.0
-
-
100.0
5.68
15
TI
1
-
1
5.4
3
7
7
6
62.2
3
2
13.5
7
18.9
81.1
5.68
16
PPM
-
-
1
4.2
3
9
7
3
91.7
1
-
4.2
-
-
100.0
4.46

Tahniah kepada mereka yang berjaya. Kepada mereka yang kurang berjaya, jangan berputus asa. Kerajaan tidak akan meminggirkan anda. Anda akan dibantu untuk membina kerjaya melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan kebolehan anda. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.