SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Wednesday, September 26, 2012

SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA 2012, 25 MEI 2012

          Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Mei 2012.  Hal ini kerana pada tarikh 16 Mei 2012, pelajar-pelajar masih menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
          Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, diikuti lagu Kebesaran Negeri Sembilan, dan lagu Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Dua (FELDA).  Seterusnya bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah disampaikan oleh wakil guru.  Bacaan ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia pula melonjakkan semangat semua guru dan warga sekolah.
          Sebelum acara sukaneka dan acara dewan dimulakan, warga sekolah telah mendengar ucapan YDP PIBG dan ucapan pengetua SMK Palong Dua (FELDA) iaitu Puan Hajah Toharah binti Haji Harun.  Acara sukaneka telah dikendalikan oleh Badan Pengawas dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua guru, staf sokongan, dan pekerja swasta. Sambutan kali ini diakhiri dengan jamuan untuk pelajar dan guru.
          Sambutan yang bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara yang dikendalikan oleh Kelab Guru dan Staf SMK Palong Dua (FELDA) serta dibantu oleh Badan Pengawas telah berjaya menyatukan semua warga sekolah sama ada di peringkat pelajar, guru, staf sokongan mahupun pekerja-pekerja swasta.  Semoga sambutan seumpama ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.







1 comment:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Pengetua sekolah serta seluruh wargakerja sekolah dan anak-anak didik yang dihormati sekalian. Saya Aliah dari Syarikat Motivasi Powerdiri Management yang dikendalikan Oleh Ustaz Rahmat Bin Johari yang kini beroperasi di Melaka ingin memberitahu pihak sekolah,seandainya pihak sekolah berminat untuk mengadakan Program-program ceramah,kepimpinan,kem dan sebagainya boleh hubungi kami di talian 017-2902637 atau di emel kami Powersdiri@gmail.com . Sekian , terima kasih

    ReplyDelete