SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Monday, January 3, 2011

HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU SESI 2011

31 Disember 2010, pendaftaran murid-murid tingkatan satu bagi sesi 2011 telah dijalankan di Dewan Ibnu Khaldun pada jam 10:30 pagi.  63 orang murid tingkatan satu telah mendaftarkan diri. Sebelum sesi pendaftaran dijalankan,   pada pukul 8:30 pagi, sesi taklimat telah diadakan bagi memberi gambaran awal tentang sekolah ini kepada murid-murid tingkatan satu dan para ibu bapa serta penjaga mereka.

Sesi taklimat dimulai dengan penerangan tentang kegiatan kokurikulum yang disampaikan oleh YM Tengku Riduan bin Raja Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
. Beliau menerangkan tentang kepentingan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum, khususnya bagi melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, kerana 10 peratus markah wajib daripada kegiatan kokurikulum akan diambil kira bagi permohonan memasuki IPTA. GPK Kokurikulum juga mengharapkan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada para ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka tidak ponteng dalam kegiatan kokurikulum. Beliau juga mengingatkan bahawa semua murid diwajibkan membeli Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum, berpakaian unit beruniform pada hari Rabu, dan memakai baju T yang ditetapkan oleh pihak sekolah semasa waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Harapan beliau, pada tahun 2011 sekolah ini akan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum.

Guru Penolong Kanan HEM, Puan Latifah binti Mansor telah memberi taklimat tentang latar belakang sekolah ini yang meliputi falsafah sekolah, visi dan misi, slogan dan moto, kebitaraan, keunikan sekolah, barisan pengurusan, staf akademik dan staf sokongan, serta perancangan sekolah pada 2011. Fokus beliau dalam taklimat ini banyak tertumpu dalam aspek disiplin murid memandangkan sejak mutakhir ini gejala salah laku dalam kalangan murid semakin berleluasa. Beliau telah memberi penerangan yang jelas tentang jenis-jenis salah laku yang sering dilakukan oleh murid seperti buli, pencabulan kehormatan, ponteng, kegiatan gengsterisme, dan pelanggaran disiplin sekolah. Beliau turut menjelaskan implikasi perundangan atau tindakan tatatertib yang bakal dihadapi oleh murid yang terlibat dalam kesalahan yang disenaraikan. Beliau menyeru para ibu bapa dapat memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah dalam usaha memantapkan sahsiah anak-anak mereka.

Pengetua sekolah, Puan Saadiah binti Saad dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa dan murid-murid tingkatan satu 2011. Puan Saadiah amat mengharapkan para ibu bapa dapat memberi sumbangan kewangan bagi mengukuhkan dana PIBG agar segala aktiviti yang dirancangkan untuk kemajuan akademik dan sahsiah anak mereka dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Selain itu, beliau juga memberi taklimat tentang prestasi PMR 2010 dan strategi-strategi yang bakal dilaksanakan bagi melonjakkan pencapaian murid-murid dalam PMR dan SPM 2011. Beliau juga berharap para ibu bapa sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan sentiasa bertindak secara relevan dengan tuntutan zaman demi kemajuan anak-anak mereka. Sebarang permasalahan yang timbul hendaklah diselesaikan secara perbincangan.

No comments:

Post a Comment