SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Monday, January 10, 2011

PROGRAM MINGGU ORIENTASI DAN TRANSISI PELAJAR TINGKATAN SATU 2011

PROGRAM MINGGU ORIENTASI DAN TRANSISI
PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2011

3 Januari – 7 Januari  2011

Pada 3 Januari hingga 7 Januari 2011, Program Minggu Orientasi dan Transisi Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011 telah diadakankan di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini yang diketuai oleh Kaunselor Sekolah, Puan Nik Nuraini binti Husain. Program ini sangat berfaedah kepada pelajar dalam menempuhi fasa transisi daripada alam sekolah rendah ke alam sekolah menengah
. Pelajar diberikan pendedahan daripada segenap aspek yang meliputi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara pengisian program orientasi pada tahun 2011 adalah seperti yang berikut:

  1. Taklimat orientasi
  2. Pengurusan PSS
  3. Taklimat Peraturan dan Undang-undang Sekolah
  4. Latihan Nyanyian Lagu Sekolah
  5. Taklimat Biasiswa Kecil Persekutuan dan KWAMP
  6. SPBT
  7. KHB Elektif
  8. Peraturan dan Tatacara Penggunaan Makmal Komputer
  9. Pengurusan Kokurikulum
  10. Ujian Kelas Al-Quran (KAA)
  11. Aktiviti English Camp
  12. Aktiviti Science Magic
  13. Aktiviti Bijak Sifir
Program Minggu Orientasi dan Transisi Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011 sampai ke kemuncaknya dengan majlis penutupan pada 7 Januari 2011 (Jumaat) yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Saadiah binti Saad, Pengetua SMK Palong Dua (F) di Dewan Ibnu Khaldun. Kehadiran pelajar amat menggalakkan dan pelajar kelihatan seronok semasa mengikuti program ini. Semua  guru dan para pelajar memberikan kerjasama yang erat sepanjang program ini dijalankan.
Gambar-gambar sekitar program.






No comments:

Post a Comment