SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Wednesday, February 10, 2010

Teknik Bacaan

Apakah Makna Membaca?

“A hightly interactive process. The reader is an active processor of written material – an executive reader as opposes to a polite guest.”
(Gates 1983)

“Reading can be seen as a process of recreating the text in the reader’s mind”
(Walter 1985)

“... the officiency ... to understand the meaning of symbols (words) we see on the printed page. Reading without understanding what is read isn’t reading it is just looking at symbols (words).”
(Speed learning 1986)

“Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis.”
(Williams 1984)

Peringkat Metakognitif Membaca

Mengetahui strategi yang sesuai digunakan untuk memahami teks dan bila strategi sesuai digunakan untuk mencapai matlamat yang diperlukan.

Strategi Metakognitif

- berhenti sejenak bagi menentukan kefahaman
- baca semula sebahagian daripada teks
- menukar kelajuan membaca
- meramalkan apa yang akan dibaca seterusnya
- membentuk gambaran mental apa yang dibaca
- menyoal diri tentang apa yang dibaca dan semasa membaca
- mencatat nota

Tinjauan

Membaca secara meninjau adalah penting kerana:

- membantu dalam pemilihan bahan yang penting dan berguna, serta mengelakkan daripada terpilih bahan yang tidak penting.
- menjadi lebih cekap dalam penggunaan bahan – memahami bagaimana maklumat disusun, apa yang diperkatakan oleh pengarang, dan memudahkan pemahaman tentang perkara tersebut.

SEPULUH Perkara yang Perlu Semasa Tinjauan Dilakukan

1. Baca judul dan judul tambahan, ulasan pada kulit buku. Kenali sumber – pengarang dan tempat diterbitkan.
2. Lihat tarikh diterbitkan.
3. Semak indeks untuk mengetahui apa yang disenaraikan dan susunannya.
4. Baca prakata, pendahuluan, dan pengenalan.
5. Semak senarai isi kandungan. Teliti susunannya dan ulasan bagi setiap bab.
6. Lihat peta, graf, ilustrasi, carta, tajuk besar, dan soalan yang dikemukakan.
7. Baca dua perenggan permulaan dan dua perenggan penamat.
8. Baca ulasan buku.
9. Teliti hasil tinjauan dan buat keputusan, sama ada boleh digunakan atau tidak.
10. Akhiri tinjauan dengan menjawab soalan: apa, bila, di mana, siapa, bagaimana, mengapa.

Bacaan Sepintas (Skimming)

Pemahaman peringkat pertama

Bacaan pantas bertujuan mendapatkan fakta atau fahaman yang liberal. Digunakan untuk mendapatkan jawapan bagi:

APA
DI MANA
BILA
SIAPA

• Tujuan membaca jelas, ditentukan sebelum membaca.
• Buat ramalan atau agakan sebelum membaca.
• Baca dengan pantas. Gerakkan mata dari atas ke bawah sehingga berjumpa kata kunci yang dapat menjawab soalan yang dibentuk sebelum membaca. Ulangi proses ini sehingga semua soalan terjawab.

Bacaan Tatapan Secara Mendalam (Scanning)

Pemahaman peringkat kedua

Membaca cepat untuk mencari pernyataan pengarang bagi menjawab soalan Bagaimana dan Mengapa.

• Bacaan memerlukan pembaca berfikir.
• Lambat sedikit dari membaca sepintas (skimming).
• Perlu mentafsir maklumat dan kaitannya dengan masa, kenyataan umum, definisi, nilai, dan sebagainya.
• Membuat rumusan daripada membaca graf, carta, peta, dan sebagainya adalah hasil daripada membaca secara “scanning”.

Bacaan Cepat

Anda mungkin berkata:
“Saya membaca terlalu pantas, saya hanya melihat perkataan dengan tidak merakamkan maknanya dalam minda saya.”

Anda boleh mengatasi salah anggap ini dengan:

1. Selepas membaca, tutup buku.
2. Ingat kembali bahagian yang anda telah baca.
3. Sebut secara perlahan atau kuat perkataan yang anda telah lihat.
4. Bercakap tentangnya kepada mereka yang membantu latihan anda.
5. Buka buku semula. Semak setiap perenggan. Adakah apa-apa yang tertinggal?
6. Relaks dan beri masa bagi maklumat meresap ke dalam minda. Bersabar dan yakin kepada diri sendiri.

Bacaan Menelaah

Bacaan ini paling lambat, teliti, dan mendalam. Teknik melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik bagi tujuan mentafsir, menilai, dan merenung kembali maklumat yang telah dibaca.

Bacaan ini bertujuan untuk menjawab soalan Bagaimana dan Mengapa dengan lebih mendalam, berguna untuk:

mentafsir
menilai
membanding
mendefinisi
membuat huraian

Sebelum membaca, fahami dahulu soalan-soalan yang perlu dijawab dan ingat akan soalan-soalan tersebut semasa membaca.

Pacing (Zig Zag)

Jari telunjuk digerak dari kiri ke kanan










Mata mengikut kelajuan gerakan jari.

Jangan hentikan jari di mana-mana perkataan.

Cara Menumpukan Minat

• Fokuskan minda anda kepada bahan yang ada di hadapan anda dengan memegang dan berfikir tentangnya. Minat terhadap perkara lain pada masa itu akan berkurang dan anda dapat menguasai tumpuan/minat kepada bahan yang anda pegang.
• Cuba pegang seketul batu. Rasakan saiz, suhunya, dan warna. Proses ini dapat melatih minda untuk keadaan fokus seperti kamera dan memberi tumpuan kepada subjek yang anda fikirkan.
• Apabila minda dalam keadaan fokus, ingatan akan menjadi sebagai plate foto yang sedia merakamkan maklumat yang akan anda baca.

No comments:

Post a Comment