Tempat: Dewan Ibnu Khaldun, SMK Palong Dua (F), Gemas
Kumpulan Sasaran: Semua murid tingkatan satu
1.0 Rasional
Program Orientasi ini dirangka sebagai satu platform untuk memberi pendedahan kepada
murid tingkatan satu yang baru melangkah ke alam sekolah menengah. Mereka memerlukan bimbingan dan perhatian supaya mereka dapat menyesuaikan diri mereka sebagai sebahagian daripada warga sekolah ini. Dunia sekolah menengah mungkin berbeza dengan alam sekolah rendah. Oleh hal yang demikian, mereka perlu diberi pendedahan tentang realiti alam sekolah menengah yang sebenar.
murid tingkatan satu yang baru melangkah ke alam sekolah menengah. Mereka memerlukan bimbingan dan perhatian supaya mereka dapat menyesuaikan diri mereka sebagai sebahagian daripada warga sekolah ini. Dunia sekolah menengah mungkin berbeza dengan alam sekolah rendah. Oleh hal yang demikian, mereka perlu diberi pendedahan tentang realiti alam sekolah menengah yang sebenar.
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang suasana, sistem pembelajaran, budaya sekolah, dan peraturan di sekolah menengah.
3.0 Objektif
3.1 Memberi kefahaman kepada murid tentang peraturan, budaya sekolah, dan perkhidmatan yang disediakan.
3.2 Memupuk sikap tolong-menolong, prihatin, penyayang antara pelajar dengan guru.
3.3 Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid dengan warga sekolah.
4.0 Jawatankuasa Program
Pengerusi: Puan Saadiah binti Saad - Pengetua
Naib Pengerusi 1: Cik Hazlina binti Rani
Naib Pengerusi 2: Puan Latifah binti Mansor
Naib Pengerusi 3: YM Tengku Riduan bin Raja Yunus
Penyelaras: Puan Nik Nuraini binti Husain (Kaunselor) dan Penyelaras Tingkatan Satu
AJK: Semua guru tingkatan satu
5.0 Jadual Program
HARI | MASA | AKTIVITI | SASARAN | TEMPAT |
ISNIN 4 JANUARI 2010 | 7.30 pg - 8.00 pg | Perhimpunan rasmi | Semua guru dan pelajar | Dataran Ilmu |
8.00 pg - 9.00 pg | Taklimat Orientasi | kaunselor | Dewan Ibnu Khaldun | |
9.00 pg - 10.20 pg | Taklimat Unit Bimbingan & Kaunseling dan lawatan sekitar sekolah | Kaunselor Guru tingkatan | Dewan Ibnu Khaldun | |
10.20- 10.40 pg | REHAT | |||
10.40- 12.00pg | Taklimat PSS | En.Nazari Othman | Dewan Ibnu Khaldun | |
12.00 tgh - 1.20 tgh | Taklimat Peraturan & Undang-Undang Sekolah | Pn.Norhamisah Md.Hassan | Dewan Ibnu Khaldun | |
1.20 tgh - 2.00 ptg | Latihan nyanyian -lagu sekolah -lagu Kebesaran Negeri -lagu Negaraku -nasyid Asma ul-Husna | Kaunselor / Ketua Umum Pelajar | Dewan Ibnu Khaldun | |
2.00 ptg - 2.30ptg | Solat zuhur berjemaah | Guru bertugas | Surau |
HARI | MASA | AKTIVITI | SASARAN | TEMPAT |
SELASA 5 JANUARI 2010 | 7.30 pg - 8.00 pg | Perhimpunan harian | Semua guru dan murid | Dataran Ilmu |
7.50 pg - 8.30pg | Latihan nyanyian -lagu sekolah -lagu Kebesaran Negeri -lagu Negaraku -nasyid Asma ul-Husna | Kaunselor | Dewan Ibnu Khaldun | |
8.30 pg - 9.30pg | Taklimat Biasiswa Kecil Persekutuan | En.Md.Wazir Idris | Dewan Ibnu Khaldun | |
9.30 pg - 10.20pg | Tugasan murid mendapatkan tandatangan guru | - | Sekitar kawasan sekolah | |
10.20 pg - 10.40 pg | REHAT | |||
10.40 pg - 11.30pg | Sambungan tugasan murid mendapatkan tandatangan guru | - | Sekitar kawasan sekolah | |
11.30 tgh - 12.30 tgh | Taklimat SPBT | Cik Rohana Hussin | Dewan Ibnu Khaldun | |
12.30 tgh - 1.20 tgh | Taklimat Matapelajaran Elektif KHB | En.Junaidi Yahya | Dewan Ibnu Khaldun | |
1.20 ptg - 2.00ptg | Taklimat Peraturan & Tatacara Penggunaan Makmal Komputer | Pn.Idzaliyah Suriani Razali | Dewan Ibnu Khaldun | |
2.00 ptg - 2.30ptg | Solat zuhur berjemaah | Guru bertugas | Surau |
HARI | MASA | AKTIVITI | SASARAN | TEMPAT |
RABU 6 JANUARI 2010 | 7.30 pg - 8.00 pg | Perhimpunan harian | Semua guru dan pelajar | Dataran Ilmu |
7.50 pg - 9.00 pg | Latihan nyanyian -lagu sekolah -lagu Kebesaran Negeri -lagu Negaraku -nasyid Asma ul-Husna | Kaunselor | Dewan Ibnu Khaldun | |
9.00 pg - 10.20 pg | Taklimat Pemilihan Rumah Sukan, badan beruniform, kelab persatuan dan sukan permainan | YM Tengku Riduan Raja Yunus (GPK Kokurikulum) | Dewan Ibnu Khaldun | |
10.20 pg - 10.40 pg | REHAT | |||
10.40 tgh - 1.00 tgh | Sambungan Taklimat Pemilihan Rumah Sukan badan beruniform, kelab persatuan dan sukan permainan | YM Tengku Riduan Raja Yunus (GPK Kokurikulum) | Dewan Ibnu Khaldun | |
1.00 tgh - 2.00 ptg | Majlis penutupan minggu orientasi tingkatan 1 | Kaunselor Pengetua GPK GPK HEM GPK Kokurikulum | ||
2.00 ptg - 2.30 ptg | Solat zuhur berjemaah | Guru bertugas | Surau |
No comments:
Post a Comment