SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Saturday, November 13, 2010

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010

Kem Membaca 1 Malaysia 2010

Pendahuluan   :

Tahun 2010, sekolah ini telah  dipertanggungjawab bersama-sama dengan 1004 buah sekolah lagi dari seluruh Malaysia yang terpilih untuk menjayakan Program Kem Membaca 1 Malaysia secara serentak pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan bagi memecahkan Malaysian Book of Records. Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini selari dengan peranan amalan membaca itu sendiri sebagai akses kepada pemerolehan ilmu yang menjadi prasyarat  bagi melonjakkan taraf sosioekonomi dan pembinaan tamadun manusia.

Matlamat        :

Membina tabiat membaca dalam kalangan murid.
             

Objektif          :

  1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
  2. Menggerakkan program/aktiviti galakan membaca.
  3. Memupuk minat membaca secara berterusan.
  4. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan.

Rasional         :          

Ledakan dunia siber menuntut anggota masyarakat menguasai maklumat yang banyak bagi memastikan lahirnya masyarakat yang mantap dan berkemampuan melahirkan idea-idea yang bernas, matang, dan luas. Hanya anggota masyarakat yang kaya maklumat mampu membina jati diri yang ampuh dan mampu berhadapan dengan sebarang perubahan yang berlaku  dalam lanskap lokal  dan global.

Tempat dan Tarikh    :          

Projek ini  akan dijalankan di sekitar kawasan SMK Palong Dua (F), Gemas.

Jangkamasa               :          

5 hari,  mulai  8 November 2010 hingga 12  November  2010.

Kumpulan Sasaran     :
           
Semua warga SMK Palong Dua (F), Gemas, khususnya murid-murid tingkatan 3.

Jadual Program          :

Tarikh
Masa
Aktiviti

08.11.2010
Isnin

9.00-10.04 pagi
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah:

1.
Ucapan Pengetua
2.
Persembahan Nyanyian Lagu “Mari Membaca”
3.
Kem Membaca
1 Malaysia



9.11.2010
Selasa
7.40-10.20 pagi
Projek Kitar Semula (Sayangi Bumi Kita)

10.20-10.40 pagi
Rehat
10.40-2.00 ptg
Sambungan Projek Kitar Semula (Sayangi Bumi Kita)

10.11.2010
Rabu
8.30-10.20 pagi
Klinik Membaca

10.20-10.40 pagi
Rehat
10.40-2.00 ptg
Pertandingan Kuiz Klinik Membaca, dan Pertandingan Bercerita


11.11.2010
Khamis

7.40-9.00 pagi
Bacaan Kegemaran Saya

9.00-10.20 pagi
Choral Speaking

10.20-10.40 pagi
Rehat
10.40-12.00 tgh
Sketsa Lagu

12.11.2010
Jumaat
8.00 – 10.20 pagi
Info Hunt


Gambar-gambar Sekitar Pelancaran Program Membaca 1 Malaysia di SMK Palong Dua (F), Gemas










Tema Kem Membaca 1 Malaysia 2010

“Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia”




No comments:

Post a Comment