Pengacara atau pengerusi majlis atau juruacara atau nama popularnya dalam kalangan khalayak iaitu mc merupakan satu tanggungjawab yang tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak yang mengundang mc berkenaan untuk memikul tanggungjawab ini dalam mengendalikan majlis anjuran mereka. Pengerusi majlis berperanan sebagai nadi penggerak, pengawal, penghidup, dan penceria bagi sesuatu majlis yang dijalankan tanpa mengira apa-apa jua bentuk sesuatu majlis itu. Pengerusi majlis perlu arif tentang perjalanan dan hal ehwal sesuatu majlis agar selari dengan pengacaraan yang bakal dijalankan agar tidak kelihatan canggung dan hambar. Hanya pengerusi majlis yang benar-benar arif terhadap latar, objektif, dan program yang dijalankan, dapat menterjemah bait-bait skrip yang dikarangi sehingga mewujudkan suasana yang menyentap psiki ahli yang menghadiri majlis yang diadakan.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)
VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".
MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA
SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.
Friday, April 30, 2010
Thursday, April 8, 2010
Kem Kemahiran Bahasa al-Quran (KEMBAQ)
Bahasa Arab atau bahasa al-Quran merupakan subjek yang diajar dalam sistem pendidikan di sekolah -sekolah menengah agama dan juga di sekolah-sekolah menengah kebangsaan yang menawarkan Kelas Aliran Agama (KAA). Realiti yang kita lihat di mana-mana jua sekolah yang menawarkan pembelajaran Bahasa Arab, sesuatu pemikiran yang telah tertanam kukuh dalam minda murid dalam aliran agama atau KAA bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai.
Wednesday, March 31, 2010
Lawatan Penandaarasan Dari SMK Tunku Syed Idrus, Tampin
Pada 25 Mac 2010, rombongan daripada pihak pengurusan SMK Tunku Syed Idrus, Tampin yang diketuai Encik Awalludin bin Mat Din yang juga Pengetua sekolah berkenaan bersama-sama sembilan orang guru telah melakukan lawatan penandaarasan ke sekolah ini sebagai satu daripada Program LDP tahun 2010. Rombongan ini telah diraikan di Balai Ibnu Sina. Puan Saadiah binti Saad, Pengetua SMK Palong Dua (F) dalam ucapan alu-aluan beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada rombongan pengurusan SMK Tunku Syed Idrus atas pemilihan sekolah ini untuk dijadikan sebagai penandaarasan bagi tujuan perkongsian ilmu dengan hasrat mewujudkan penambahbaikan pengurusan organisasi kedua-dua belah pihak. Manakala Encik Awalludin bin Mat Din dalam ucapan balasnya menyatakan sekolah ini dipilih adalah untuk memberi gambaran sebenar tentang aspek pengurusan fail, bilik-bilik khas, dan persekitaran sekolah.
Tuesday, March 30, 2010
Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Jempol 2010
Monday, March 29, 2010
Mesyuarat Analisis SPM 2010
Keputusan SPM 2009 telah diumumkan pada 11 Mac 2010. Selepas dua minggu pengumuman keputusan tersebut, pihak sekolah ini telah mengadakan Mesyuarat Analisis SPM 2009 pada 25 Mac 2010 di Balai Ibnu Sina pada jam 3:00 petang.
Saturday, March 27, 2010
Pelancaran Pameran Bertema 2010
1. | Bidang Akademik |
2. | Bidang Disiplin |
3. | Bidang Psikososial |
4. | Dadah/Rokok/HIV |
5. | IPTA/IPTS |
Puan Saadiah binti Saad dalam ucapan beliau menyatakan, "Pameran bertema ini dapat memberi banyak manfaat kepada pelajar khususnya yang berkaitan dengan pembinaan jati diri dan persiapan diri bagi membina kerjaya selepas tamat persekolahan nanti. Oleh itu, para pelajar perlu mengambil kesempatan mengunjungi pameran ini yang bertempat di perpustakaan bagi mendapatkan input-input yang berguna bagi membuka minda dan melakukan perubahan diri dalam usaha membina keperibadian yang unggul bagi menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi dalam khalayak masyarakat di luar lingkungan alam persekolahan".
Menurut beliau lagi, "Pihak pengurusan PSS dan Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menyediakan hadiah bagi pengunjung bertuah untuk para pelajar, warga guru, staf sokongan, dan pekerja swasta. Angka bagi pengunjung yang bertuah adalah rahsia. Dengan itu, rajin-rajinlah berkunjung ke pameran ini, manalah tahu anda merupakan pengunjung yang bertuah untuk menerima hadiah yang ditawarkan. Tentang nilai hadiah dan kriteria pengunjung bertuah, silalah berhubung dengan Guru Perpustakaan dan Media sekolah ini bagi mendapatkan maklumat terperincinya. Selain pengunjung bertuah, pertandingan kuiz soalan terkumpul juga diadakan bagi memastikan pameran ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan. Soalan-soalan yang akan dikemukakan adalah berdasarkan tema-tema yang dipamerkan sepanjang pameran ini dijalankan. Hadiahnya lebih lumayan berbanding hadiah pengunjung bertuah. Kategori ini dikhaskan kepada para pelajar sahaja. Justeru, para pelajar yang dikasihi, rebutlah peluang yang disediakan dan janganlah bersikap tunggu dan lihat".
Tuan Pengetua pada akhir ucapannya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada kedua-dua unit ini, serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Saturday, March 20, 2010
Keputusan SPM 2009
B I L | S U B J E K | PERINGKAT GRED | % L U L U S | G P M P | |||||||||||||
CEMERLANG | KEPUJIAN | LULUS | GAGAL | ||||||||||||||
A+ | A | A- | % | B+ | B | C+ | C | % | D | E | % | G | % | ||||
1 | BM | 2 | 6 | 11 | 28.8 | 18 | 14 | 4 | 5 | 62.1 | 3 | 2 | 7.6 | 1 | 1.5 | 98.5 | 3.55 |
2 | BI | - | - | - | - | 1 | 3 | 4 | 2 | 15.2 | 25 | 20 | 68.2 | 11 | 16.7 | 83.3 | 7.29 |
3 | BI C | - | - | - | - | - | - | - | 3 | 4.5 | 5 | 11 | 24.2 | 47 | 71.2 | 28.8 | 8.55 |
4 | PI | 1 | 4 | 11 | 24.2 | 10 | 16 | 12 | 3 | 62.1 | 2 | 3 | 7.6 | 4 | 6.1 | 93.9 | 4.12 |
5 | SJ | 1 | 1 | 5 | 10.6 | 3 | 13 | 5 | 9 | 45.5 | 11 | 10 | 31.8 | 8 | 12.1 | 87.9 | 5.76 |
6 | MT | 3 | 5 | 3 | 16.7 | 4 | 2 | 9 | 4 | 28.8 | 11 | 10 | 31.8 | 15 | 22.7 | 77.3 | 5.94 |
7 | SN | - | - | 1 | 2.9 | 2 | 4 | 8 | 4 | 52.9 | 5 | 8 | 38.2 | 2 | 5.9 | 94.1 | 6.03 |
8 | PSV | - | - | - | - | 5 | 4 | 4 | 1 | 82.4 | 2 | 1 | 17.6 | - | - | 100.0 | 4.65 |
9 | AM | - | - | - | - | 1 | - | 1 | 1 | 9.4 | 2 | 9 | 34.4 | 18 | 56.3 | 43.8 | 8.19 |
10 | PG | - | - | - | - | - | - | 1 | 1 | 11.8 | 9 | 5 | 82.4 | 1 | 5.9 | 94.1 | 7.24 |
11 | LK | - | - | - | - | 1 | 1 | 1 | 1 | 23.5 | 2 | 1 | 17.6 | 10 | 58.8 | 41.2 | 7.65 |
12 | PHY | - | - | - | - | - | - | 3 | 2 | 15.6 | 6 | 18 | 75.0 | 3 | 9.4 | 90.6 | 7.50 |
13 | CHE | - | - | - | - | - | 1 | - | 1 | 6.3 | 3 | 20 | 71.9 | 7 | 21.9 | 78.1 | 7.94 |
14 | BIO | - | - | - | - | - | - | 1 | 2 | 20.0 | 4 | 8 | 80.0 | - | - | 100.0 | 5.68 |
15 | TI | 1 | - | 1 | 5.4 | 3 | 7 | 7 | 6 | 62.2 | 3 | 2 | 13.5 | 7 | 18.9 | 81.1 | 5.68 |
16 | PPM | - | - | 1 | 4.2 | 3 | 9 | 7 | 3 | 91.7 | 1 | - | 4.2 | - | - | 100.0 | 4.46 |
Subscribe to:
Posts (Atom)