SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Monday, September 24, 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012, 22 JANUARI 2012





Pada 27 Januari 2012, SMK Palong Dua (FELDA) telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat SMK Palong Dua (FELDA).  Program ini merupakan program tahunan.  Pemenang-pemenang akan dihantar untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa peringkat Daerah Jempol. Para pelajar dan guru berganding bahu menjayakan program ini.  Jarak larian adalah berbeza mengikut kategori.  Pertandingan ini dijalankan mewakili rumah sukan masing-masing dengan nama baharu iaitu Rumah Saidina Abu Bakar As-Sidik (kuning), Saidina Umar Al-Khattab (hijau), Saidina Uthman Al-Affan (merah), dan Saidina Ali bin Abi Talib (biru) menggantikan nama rumah Satria, Wira, Kencana, dan Petra. 

          Larian merentas desa kali ini berjalan lancar kerana pihak penganjur telah mengambil langkah keselamatan. yang sebaik-baiknya. Rumah Saidina Umar Al-Khattab telah mengungguli rumah-rumah lain dan telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi tahun ini.  Diharapkan semua pelajar dapat memberikan saingan yang terbaik dalam kejohanan olahraga yang dirancang akan diadakan pada bulan Jun nanti.

Monday, February 27, 2012

PN. NOR LIZA BINTI ZAINAL

JASA DAN BUDIMU TETAP DIKENANG DI SMK PALONG 2 (FELDA), GEMAS.
PENYAMPAIAN CENDERAHATI PENGHARGAAN DARIPADA SMK PALONG 2 (F).
SELAMAT BERKHIDMAT DI SEKOLAH YANG BARU!!! 

Saturday, January 15, 2011

CIKGU MD WAZIR BIN IDRIS

Jasa Baktimu Dikenang Dalam Memartabat 
PSS SMK Palong Dua (F), Gemas

Buat sahabatku yang bernama Md Wazir bin Idris, jasamu kukenangi sepanjang hayat atas hubungan erat sebagai sahabat dan rakan sekerja yang banyak menolongku ketika aku bergelumang dengan amanah yang memberati kedua-dua pundakku. Terpahat kukuh dalam memoriku, tahun 2010 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran buat diriku, tahun aku diberi kepercayaan untuk memikul pelbagai tugas dengan pelbagai sifat yang tak akan ku senarai pendek dalam ruangan ini

Monday, January 10, 2011

PROGRAM MINGGU ORIENTASI DAN TRANSISI PELAJAR TINGKATAN SATU 2011

PROGRAM MINGGU ORIENTASI DAN TRANSISI
PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2011

3 Januari – 7 Januari  2011

Pada 3 Januari hingga 7 Januari 2011, Program Minggu Orientasi dan Transisi Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011 telah diadakankan di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini yang diketuai oleh Kaunselor Sekolah, Puan Nik Nuraini binti Husain. Program ini sangat berfaedah kepada pelajar dalam menempuhi fasa transisi daripada alam sekolah rendah ke alam sekolah menengah

Monday, January 3, 2011

HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU SESI 2011

31 Disember 2010, pendaftaran murid-murid tingkatan satu bagi sesi 2011 telah dijalankan di Dewan Ibnu Khaldun pada jam 10:30 pagi.  63 orang murid tingkatan satu telah mendaftarkan diri. Sebelum sesi pendaftaran dijalankan,   pada pukul 8:30 pagi, sesi taklimat telah diadakan bagi memberi gambaran awal tentang sekolah ini kepada murid-murid tingkatan satu dan para ibu bapa serta penjaga mereka.

Sesi taklimat dimulai dengan penerangan tentang kegiatan kokurikulum yang disampaikan oleh YM Tengku Riduan bin Raja Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Saturday, November 20, 2010

HARI ANUGERAH KUALITI 2010

MAJLIS ANUGERAH KUALITI  
SMK PALONG DUA (F), GEMAS 2010

Matlamat
:
Membentuk budaya kerja yang menjurus kepada penghasilan yang terbaik demi kecemerlangan sekolah.

Saturday, November 13, 2010

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010

Kem Membaca 1 Malaysia 2010

Pendahuluan   :

Tahun 2010, sekolah ini telah  dipertanggungjawab bersama-sama dengan 1004 buah sekolah lagi dari seluruh Malaysia yang terpilih untuk menjayakan Program Kem Membaca 1 Malaysia secara serentak pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan bagi memecahkan Malaysian Book of Records. Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini selari dengan peranan amalan membaca itu sendiri sebagai akses kepada pemerolehan ilmu yang menjadi prasyarat  bagi melonjakkan taraf sosioekonomi dan pembinaan tamadun manusia.