Kem Membaca 1 Malaysia 2010
Pendahuluan :
Tahun 2010, sekolah ini telah dipertanggungjawab bersama-sama dengan 1004 buah sekolah lagi dari seluruh Malaysia yang terpilih untuk menjayakan Program Kem Membaca 1 Malaysia secara serentak pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan bagi memecahkan Malaysian Book of Records. Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini selari dengan peranan amalan membaca itu sendiri sebagai akses kepada pemerolehan ilmu yang menjadi prasyarat bagi melonjakkan taraf sosioekonomi dan pembinaan tamadun manusia.
Matlamat :
Membina tabiat membaca dalam kalangan murid.
Objektif :
- Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
- Menggerakkan program/aktiviti galakan membaca.
- Memupuk minat membaca secara berterusan.
- Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan.
Rasional :
Ledakan dunia siber menuntut anggota masyarakat menguasai maklumat yang banyak bagi memastikan lahirnya masyarakat yang mantap dan berkemampuan melahirkan idea-idea yang bernas, matang, dan luas. Hanya anggota masyarakat yang kaya maklumat mampu membina jati diri yang ampuh dan mampu berhadapan dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam lanskap lokal dan global.
Tempat dan Tarikh :
Projek ini akan dijalankan di sekitar kawasan SMK Palong Dua (F), Gemas.
Jangkamasa :
5 hari, mulai 8 November 2010 hingga 12 November 2010.
Kumpulan Sasaran :
Semua warga SMK Palong Dua (F), Gemas, khususnya murid-murid tingkatan 3.
Jadual Program :
Tarikh | Masa | Aktiviti | |||||||||
08.11.2010 Isnin | 9.00-10.04 pagi | Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah:
| |||||||||
9.11.2010 Selasa | 7.40-10.20 pagi | Projek Kitar Semula (Sayangi Bumi Kita) | |||||||||
10.20-10.40 pagi | Rehat | ||||||||||
10.40-2.00 ptg | Sambungan Projek Kitar Semula (Sayangi Bumi Kita) | ||||||||||
10.11.2010 Rabu | 8.30-10.20 pagi | Klinik Membaca | |||||||||
10.20-10.40 pagi | Rehat | ||||||||||
10.40-2.00 ptg | Pertandingan Kuiz Klinik Membaca, dan Pertandingan Bercerita | ||||||||||
11.11.2010 Khamis | 7.40-9.00 pagi | Bacaan Kegemaran Saya | |||||||||
9.00-10.20 pagi | Choral Speaking | ||||||||||
10.20-10.40 pagi | Rehat | ||||||||||
10.40-12.00 tgh | Sketsa Lagu | ||||||||||
12.11.2010 Jumaat | 8.00 – 10.20 pagi | Info Hunt |
No comments:
Post a Comment