Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52 Dan Hari Malaysia Peringkat SMK Palong Dua (F), Gemas 16 0G0S 2010 HINGGA 16 SEPTEMBER 2010 “SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI” Tanggal 31 Ogos dan 16 September membawa erti yang amat besar buat rakyat Malaysia kerana kedua-dua tarikh tersebut merupakan tarikh keramat yang melambangkan bebasnya negara kita daripada belenggu penjajahan dan wujudnya negara yang bernama Malaysia. Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia perlu diraikan sebagai tanda kesyukuran dan kebanggaan kita terhadap tanah air yang bertuah ini. Kita juga merayakan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia sebagai tanda terima kasih kita kepada para pejuang yang telah berkorban jiwa dan raga demi membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Hasil daripada perjuangan mereka, maka lahirlah negara kita yang merdeka dan berdaulat. Atas rasa tanggungjawab dan perasaan cinta akan negara ini, warga SMK Palong Dua (F), Gemas tidak mahu ketinggalan untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52 dan Hari Malaysia demi memupuk dan meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan warganya.
Gambar-gambar Sekitar Majlis Pelancaran Para Hulubalang Pembawa Watikah Pembacaan Ikrar Penyerahan Watikah Pembacaan Watikah Oleh Tuan Pengetua Pelepasan Burung Merpati Sebagai Tanda Bebas Daripada Belenggu Penjajahan Terbang Bebas Lambang Kemerdekaan Gambar-gambar Aktiviti Sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Pertandingan Lagu Patriotik Pertandingan Sukan Rakyat Ingat! Sesungguhnya Tuntutan PENGISIAN KEMERDEKAAN Itu Lebih Sukar Daripada Usaha-usaha Memperjuangkan Kemerdekaan | ||||||||||
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)
VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".
MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA
SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.
Saturday, September 18, 2010
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-52 DAN HARI MALAYSIA
Sunday, September 5, 2010
PROGRAM IHYA RAMADAN & BULAN PENDIDIKAN ISLAM 1431 H
PROGRAM IHYA RAMADAN
DAN
BULAN PENDIDIKAN ISLAM 2010 M / 1431 H
SMK Palong Dua (FELDA), Gemas, Negeri Sembilan
11 Ogos hingga 3 September 2010
OBJEKTIF
- Mengisi bulan yang mulia dengan ibadat-ibadat dan aktiviti yang bersesuaian dengan syariat untuk murid-murid dan guru.
- Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual.
- Meningkatkan keimanan dan ketakwaan semua warga sekolah demi kecemerlangan dunia dan akhirat.
MATLAMAT
Memberi kesedaran kepada semua warga sekolah amnya, dan murid-murid khususnya tentang kepentingan beramal soleh pada bulan Ramadan bagi mendekatkan diri warga sekolah kepada Allah SWT sebagai tempat memohon pertolongan dengan mengerjakan puasa fardu dan ibadat-ibadat sunat sebagai wadah menguatkan jati diri murid dalam mengharungi kehidupan di dalam dan luar sekolah.
AKTIVITI
- Pelancaran Ihya Ramadan
- Bacaan Al-Quran dan Terjemahannya
- Ceramah Ihya Ramadan
- Tadarus Al-Quran
- Mari Bersedekah
- Solat Sunat Dhuha dan Solat Hajat
- Tadarus Guru dan Staf
- Tazkirah Ramadan
- Teka Silangkata Ramadan
- Kuiz Ramadan
- Pertandingan Kad Ucapan
- Pertandingan Nasyid Unit Beruniform Ihya Ramadan
- Iftar Jam’ie dan Solat Tarawih
- Majlis Khatam Al-Quran
Gambar-gambar
Semasa Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan dan Bulan Pendidikan Islam
Semasa Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan dan Bulan Pendidikan Islam
Monday, August 16, 2010
MINGGU BAHASA 2010
MINGGU BAHASA 2010
SMK PALONG DUA (F), GEMAS
Minggu Bahasa sekolah ini telah berjaya dijalankan bermula dari 9 Ogos 2010 hingga 13 Ogos 2010, hasil kerjasama Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, dan Panitia Bahasa Arab. Program ini merupakan aktiviti yang mampu membentuk kemantapan dan kekuatan aspek kebahasaan dalam kalangan pelajar. Program ini juga mempu menyuntik nilai keberanian dalam diri pelajar untuk tampil ke hadapan menyumbang idea-idea bernas.
Matlamat
Melahirkan golongan pelajar yang berani, berkerampilan, dan berpengalaman.
Objektif
- Membentuk dan membudayakan sikap cinta akan ilmu pengetahuan sama ada yang berbentuk akademik atau pengetahuan am.
- Membina generasi pelajar yang berketerampilan dalam bidang kebahasaan.
- Menerapkan nilai-nilai murni dan estetika dalam kalangan pelajar melalui disiplin bahasa.
Aktiviti-aktiviti yang Dijalankan Sepanjang Minggu Bahasa
Bahasa Melayu
Teka Silang Kata
Pertandingan Bercerita
Pertandingan Deklamasi Sajak
Kuiz Tatabahasa
Pertandingan Bercerita
Pertandingan Deklamasi Sajak
Kuiz Tatabahasa
Bahasa Inggeris
Colouring Contest
Poem
Spelling Bee
Poem
Spelling Bee
Bahasa Arab
Pertandingan Tulisan Khat
Nasyid
Kalimah Hafazan
Kuiz
Nasyid
Kalimah Hafazan
Kuiz
Gambar-gambar Sekitar Minggu Bahasa
"BAHASA MELAYU DIMARTABATKAN,
BAHASA INGGERIS DIMANTAPKAN,
BAHASA ARAB DIPERKUKUH"
Wednesday, August 11, 2010
BENGKEL MOVIE MAKER DAN PEMBINAAN BLOG 2010
BENGKEL MOVIE MAKER
DAN
PEMBINAAN BLOG
9 OGOS 2010
HINGGA
10 OGOS 2010
MAKMAL KOMPUTER
SMK PALONG DUA (F), GEMAS
"ICT PENJANA GENERASI GEMILANG"
Kelab Komputer sekolah ini telah menganjurkan bengkel movie maker dan pembinaan blog khusus untuk para guru dengan harapan dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang kemahiran penggunaan movie maker dan pembinaan blog bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini, penggunaan ICT begitu meluas dalam pelbagai bidang pekerjaan dan aktiviti seharian manusia. Justeru, bagi memastikan para guru menjadi pemain yang berkesan dalam era ICT ini, maka pihak Kelab Komputer SMK Palong Dua (F) telah mengorak langkah awal bagi melonjakkan kemahiran para guru sekolah ini untuk bersama-sama menyahut saranan kerajaan untuk melihat lahirnya warga penjawat awam yang berkemahiran tinggi dalam bidang ICT. Dua orang fasilitator telah dipertanggungjawab bagi mengendalikan program ini, iaitu Ustaz Fazeerul Akmar bin Ahmad, guru sekolah ini, bertanggungjawab dalam pengendalian bengkel movie maker, manakala Encik Rahimi bin Rahim, Juruteknik Komputer PKG Rompin, berperanan sebagai fasilitator untuk bengkel pembinaan blog. Rata-rata guru yang mengikuti program ini menyatakan rasa puas hati dengan kemahiran yang diperoleh daripada bengkel yang dianjurkan oleh kelab komputer sekolah ini. Mereka berharap program seumpama ini akan ada kesinambungannya demi memantapkan kemahiran mereka.
Gambar-gambar Semasa Bengkel Movie Maker
Gambar-gambar Semasa Bengkel Pembinaan Blog
Monday, August 9, 2010
HARI KOPERASI SMK PALONG DUA (F), GEMAS
HARI KOPERASI SEKOLAH SMK PALONG DUA (F) TARIKH : 28 - 30 JUN 2010 HARI : ISNIN – RABU “Kreativiti Dan Inovasi Memperkasa Koperasi Sekolah” Gambar-gambar Akiviti Yang Dijalankan Sepanjang Hari Koperasi 2010 Pertandingan Kuiz Persembahan Caklempong Ceramah Aktiviti Gotong-royong Gerai Jualan Hasilan Murid Perkhidmatan Cuci Kereta (Berbayar) |
Subscribe to:
Posts (Atom)