Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52 Dan Hari Malaysia Peringkat SMK Palong Dua (F), Gemas 16 0G0S 2010 HINGGA 16 SEPTEMBER 2010 “SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI” Tanggal 31 Ogos dan 16 September membawa erti yang amat besar buat rakyat Malaysia kerana kedua-dua tarikh tersebut merupakan tarikh keramat yang melambangkan bebasnya negara kita daripada belenggu penjajahan dan wujudnya negara yang bernama Malaysia. Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia perlu diraikan sebagai tanda kesyukuran dan kebanggaan kita terhadap tanah air yang bertuah ini. Kita juga merayakan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia sebagai tanda terima kasih kita kepada para pejuang yang telah berkorban jiwa dan raga demi membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Hasil daripada perjuangan mereka, maka lahirlah negara kita yang merdeka dan berdaulat. Atas rasa tanggungjawab dan perasaan cinta akan negara ini, warga SMK Palong Dua (F), Gemas tidak mahu ketinggalan untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52 dan Hari Malaysia demi memupuk dan meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan warganya.
Gambar-gambar Sekitar Majlis Pelancaran Para Hulubalang Pembawa Watikah Pembacaan Ikrar Penyerahan Watikah Pembacaan Watikah Oleh Tuan Pengetua Pelepasan Burung Merpati Sebagai Tanda Bebas Daripada Belenggu Penjajahan Terbang Bebas Lambang Kemerdekaan Gambar-gambar Aktiviti Sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Pertandingan Lagu Patriotik Pertandingan Sukan Rakyat Ingat! Sesungguhnya Tuntutan PENGISIAN KEMERDEKAAN Itu Lebih Sukar Daripada Usaha-usaha Memperjuangkan Kemerdekaan |
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)
VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".
MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA
SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.
Saturday, September 18, 2010
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-52 DAN HARI MALAYSIA
Sunday, September 5, 2010
PROGRAM IHYA RAMADAN & BULAN PENDIDIKAN ISLAM 1431 H
PROGRAM IHYA RAMADAN
DAN
BULAN PENDIDIKAN ISLAM 2010 M / 1431 H
SMK Palong Dua (FELDA), Gemas, Negeri Sembilan
11 Ogos hingga 3 September 2010
OBJEKTIF
- Mengisi bulan yang mulia dengan ibadat-ibadat dan aktiviti yang bersesuaian dengan syariat untuk murid-murid dan guru.
- Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual.
- Meningkatkan keimanan dan ketakwaan semua warga sekolah demi kecemerlangan dunia dan akhirat.
MATLAMAT
Memberi kesedaran kepada semua warga sekolah amnya, dan murid-murid khususnya tentang kepentingan beramal soleh pada bulan Ramadan bagi mendekatkan diri warga sekolah kepada Allah SWT sebagai tempat memohon pertolongan dengan mengerjakan puasa fardu dan ibadat-ibadat sunat sebagai wadah menguatkan jati diri murid dalam mengharungi kehidupan di dalam dan luar sekolah.
AKTIVITI
- Pelancaran Ihya Ramadan
- Bacaan Al-Quran dan Terjemahannya
- Ceramah Ihya Ramadan
- Tadarus Al-Quran
- Mari Bersedekah
- Solat Sunat Dhuha dan Solat Hajat
- Tadarus Guru dan Staf
- Tazkirah Ramadan
- Teka Silangkata Ramadan
- Kuiz Ramadan
- Pertandingan Kad Ucapan
- Pertandingan Nasyid Unit Beruniform Ihya Ramadan
- Iftar Jam’ie dan Solat Tarawih
- Majlis Khatam Al-Quran
Gambar-gambar
Semasa Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan dan Bulan Pendidikan Islam
Semasa Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan dan Bulan Pendidikan Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)