MAJLIS SAMBUTAN
HARI GURU DAN HARI PEKERJA 2010
HARI GURU DAN HARI PEKERJA 2010
PERINGKAT SMK PALONG DUA (F), GEMAS
Pada 21 Mei 2010, sekolah ini sekali lagi berjaya mengadakan sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja buat tahun yang ketiga. Majlis ini disambut secara bersama-sama sebagai menghargai jasa dan pengorbanan para guru, staf sokongan, dan pekerja swasta SMK Palong Dua (F), Gemas. Selain itu, matlamat majlis ini juga adalah untuk mewujudkan permuafakatan antara pelajar, guru, staf sokongan, dan pekerja swasta. Manakala objektifnya pula, sebagai meraikan Hari Guru dan Hari Pekerja demi mempererat hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar, guru, staf sokongan, dan pekerja swasta di sekolah ini.
Hari Guru dan Hari Pekerja sebenarnya mengingatkan kita betapa besarnya sumbangan para guru dan pekerja terhadap pembangunan negara. Guru dan pekerja adalah tonggak kemajuan, kemakmuran, dan keharmonian sesebuah negara. Tanpa guru dan pekerja, terutamanya mereka yang dedikasi dan produktif, tidak mungkin kita akan mencapai kemajuan dan kemakmuran seperti yang dinikmati sekarang ini. Justeru, kita harus melihat sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja ini sebagai wadah bagi menghargai sumbangan seluruh warga guru dan pekerja dalam memacu pembangunan negara ke arah kemajuan dan kemakmuran.
Dengan bertemakan sambutan pada tahun ini, iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa” dan “Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi”, kita seharusnya menyedari akan pentingnya peranan para guru dan para pekerja dalam menjayakan sesuatu dasar pembangunan kerajaan. Apatah lagi ketika ini kerajaan sedang dalam rangka kerja pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) yang menekankan aspek-aspek inovasi dan kreativiti untuk menjana transformasi ke arah mencapai taraf ekonomi berpendapatan tinggi.
Aspirasi ini hanya boleh dicapai menerusi peningkatan produktiviti dalam kalangan guru dan pekerja yang sekali gus akan menjana modal insan yang berkualiti dan pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan. Oleh sebab inilah, YAB Perdana Menteri kita benar-benar ingin melihat para guru dan para pekerja di negara ini melakukan lebih banyak usaha inovasi dalam pelbagai bidang supaya dapat melahirkan generasi yang berketerampilan dalam pelbagai aspek dan para pekerja yang mampu menggerakkan ekonomi negara secara lebih produktif.
MAKLUMAT SAMBUTAN
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT
Puan Saadiah binti Saad
Pengetua
PENGERUSI
Cik Hazlina binti Rani
Guru Penolong Kanan
NAIB PENGERUSI I
Puan Latipah binti Mansor
Guru Penolong Kanan HEM
NAIB PENGERUSI II
NAIB PENGERUSI II
YM Tengku Riduan bin Raja Yunus
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
PENYELARAS
Encik Junaidi bin Yahya
Pengerusi Kelab Guru dan Staf
SETIAUSAHA
Cik Suhailiza binti Sulaiman
BENDAHARI
Cik Aimi Sarah binti Che Azmi
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
Semua AJK Kelab Guru dan Staf, serta semua Ahli Jawatankuasa Badan Ketua Pelajar Sekolah
Gambar-gambar sekitar sambutan Hari Guru dan Pekerja
ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA | |
MASA | ATUR CARA |
7:25 pagi | Perarakan guru dan pekerja |
7:30 pagi | Bacaan Surah Yasin |
8:10 pagi | Bacaan Doa |
8:20 pagi | *Ucapan Wakil Pelajar, Staf Sokongan, dan Guru |
*Ucapan Pengetua | |
*Bacaan Perutusan | |
*Ikrar Guru dan Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu Guru Pembina Negara Bangsa | |
*Penyampaian Hadiah | |
*Pemotongan Pulut Kuning | |
*Sesi Fotografi | |
9:15 pagi | Aktiviti Sukaneka |
10:35 pagi | Rehat |
10:45 pagi | *Persembahan Pelajar, Cabutan Bertuah |
*Persembahan Guru | |
*Penyampaian Hadiah dan Anugerah Guru | |
*Nyanyian Lagu Sekolah | |
12:00 tengah hari | *Jamuan |
No comments:
Post a Comment