Jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor, dan menginterpretasi,
Jangan sekali-kali menciplak,
Mengenal pasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan,
Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut,
Bezakan antara sokongan, komentar, dan maklumat berdasarkan fakta,
Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera,
Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi,
Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog,
Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti, dan agenda peribadi,
Mematuhi piawaian yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)
VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''
MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".
Tempat: Dewan Ibnu Khaldun, SMK Palong Dua (F), Gemas
Program ini telah dirancang oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Palong Dua (F), Gemas dengan hasrat untuk mempertemukan para guru dengan para ibu bapa/penjaga untuk bersama-sama berbincang dan menjana idea bagi memantapkan lagi kualiti pencapaian sekolah ini dalam segala bidang yang diceburi. Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk mewujudkan pemuafakatan yang mantap antara para ibu bapa/penjaga dengan para guru dalam usaha melahirkan para pelajar yang cemerlang akademik dan berakhlak mulia.
Keputusan Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2010/2011 adalah seperti yang berikut:
Yang Dipertua
:
Encik Abdul Talib bin Saad
Naib Yang Dipertua
:
Encik Zahari bin Shariman
AJK Ibu dan Bapa
1. Encik Mohtar bin Mohd Jim
2. Encik Zakaria bin Baharom
3. Puan Noriah binti Arshad
4. Encik Adnan bin Haji Sarip
5. Encik Subari bin Bahudin
6. Haji Azizor bin Sanidin
Catatan: Jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, AJK Guru, dan Pemeriksa Kira-kira akan dilantik oleh Pengetua.
No comments:
Post a Comment