Majlis perlantikan pemimpin muda SMK Palong Dua (F) dirasmikan oleh pengetua sekolah, En Hj Murtaza bin Hj Abu Bakar Perlantikan pemimpin muda terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas PSS, pengawas koperasi, pengawas SPBT dan pengawas pemimpin rakan sebaya. Para pelajar yang dipilih daripada kalangan pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan, justeru mereka perlu melasanakan amanah yang ditetapkan bagi melicinkan perjalanan sekolah. Semoga para pelajar yang dilantik akan menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan jujur.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)
VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".
MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA
SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.
Thursday, May 29, 2014
PROGRAM PELANCARAN NILAM 2014 (6 MARCH 2014)
SMK Palong Dua(F)telah melancarkan program nilam guru dan pelajar pada 6.3.2014 yang dirasmikan oleh pengetua sekolah, En.Hj Murtaza bin Hj. Abu Bakar. Matlamat Program Nilam ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan pelajar dan guru serta menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat suka membaca.
Friday, February 28, 2014
PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN SMK PALONG DUA (F)
Sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan mengenai bantuan persekolahan bernilai RM100 tetap diteruskan. Pengumuman bantuan itu terkandung dalam teras ketiga “Mengunggul Modal Insan” dalam intipati Bajet 2014. Bantuan ini bagi meringan beban ibu bapa untuk membayar yuran serta buku sekolah.
![]() |
| BANTUAN PERSEKOLAHAN |
TERIMA KASIH CIKGU SHALENA!!
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
1979
GAMBAR DISEKITAR MAJLIS PERPISAHAN (5/2/2014)
Terima kasih buat Pn. Nur Shalena bt Mohd Amin kerana telah banyak menyumbang tenaga selama berkhidmat di SMK PALONG DUA. Jasamu tetap dikenang hingga akhir hayat. Selamat berkhidmat di tempat baru. Kami sentiasa merindui gelak tawamu.
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH (SMK PALONG DUA (FELDA)
kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini dijalankan setiap tahun dan merupakan satu pra syarat sebelum kejohanan olahraga sekolah berlangsung. aktiviti ini juga merupakan salah satu cara untuk melibatkan semua pelajar dalam sukan dan permainan. ia menjadi asas pemilihan pelajar untuk di pertengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
TARIKH : 27 JANUARI 2014
MASA : 3 PETANG
TEMPAT : PADANG SMK PALONG DUA
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..
Monday, February 24, 2014
PELAJAR CEMERLANG PMR 2013
PADA TAHUN 2013, SMK PALONG DUA (F) TELAH MEMECAH REKOD SEKOLAH KERANA SELAMA 13 TAHUN TIDAK MEMPUNYAI PELAJAR YANG MENDAPAT 'A' DALAM KESELURUHAN SUBJEK YANG DIAMBIL.INI
MERUPAKAN KEBANGGAAN BUAT SEMUA WARGA SEKOLAH. SELAIN ITU, SMK PALONG DUA(F) JUGA
TELAH MENINGKAT GRED PURATA SEKOLAH (GPS) BERBANDING TAHUN 2012. TAHNIAH BUAT WARGA SEKOLAH SMK PALONG DUA (F)!!
PERBANDINGAN PERATUS KELULUSAN MINIMA D DAN GRED PURATA SEKOLAH PMR
2010-2013
TAHUN
|
BIL.CALON
|
BIL. MIN D
|
PERATUS
|
BEZA
|
GRED PURATA SEKOLAH
|
BEZA
|
2013
|
54
|
15
|
50.00
|
9.2
|
2.76
|
-0.35
|
2012
|
49
|
17
|
40.8
|
3.11
|
||
2011
|
79
|
17
|
31.6
|
3.3
|
||
2010
|
62
|
16
|
37.1
|
3.3
|
SENARAI PELAJAR
CEMERLANG PMR 2013 SMK PALONG DUA(F)
BIL
|
NAMA
|
PENCAPAIAN
|
1
|
AMIRA BALQISH BINTI SUKRI
|
8A
|
2
|
NURHASINA BINTI MOHD SHAH
|
7A1B1C
|
3
|
NURUL SHAFIQA BINTI MOHAMAD
AMRAN
|
5A2B1C
|
4
|
NOOR HAIDATUL AKMA BINTI
RAZALI
|
4A4B
|
5
|
ASIYILAH VANI A/P THAMARAI
PILLAY
|
4A3B
|
6
|
SITI AISYAH BINTI MOHD NOR
|
4A3B2C
|
7
|
ABDUL MUHAIMIN BIN ABDUL SUKOR
|
4A3B2D
|
TAHNIAH AMIRA BALQISH BINTI SUKRI!!
SEMOGA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT..
Subscribe to:
Posts (Atom)








