SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Friday, February 28, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH (SMK PALONG DUA (FELDA)

kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini dijalankan setiap tahun dan merupakan satu pra syarat sebelum kejohanan olahraga sekolah berlangsung. aktiviti ini juga merupakan salah satu cara untuk melibatkan semua pelajar dalam sukan dan permainan. ia menjadi asas pemilihan pelajar untuk di pertengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

TARIKH  : 27 JANUARI 2014
MASA      : 3 PETANG
TEMPAT : PADANG SMK PALONG DUA
 






 
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..

Monday, February 24, 2014

PELAJAR CEMERLANG PMR 2013

PADA TAHUN 2013, SMK PALONG DUA (F) TELAH MEMECAH REKOD SEKOLAH KERANA SELAMA 13 TAHUN TIDAK MEMPUNYAI PELAJAR YANG MENDAPAT  'A' DALAM KESELURUHAN SUBJEK YANG DIAMBIL.INI MERUPAKAN KEBANGGAAN BUAT SEMUA WARGA SEKOLAH. SELAIN ITU, SMK PALONG DUA(F) JUGA TELAH MENINGKAT GRED PURATA SEKOLAH (GPS) BERBANDING TAHUN 2012. TAHNIAH BUAT WARGA SEKOLAH SMK PALONG DUA (F)!!

PERBANDINGAN PERATUS KELULUSAN MINIMA D DAN GRED PURATA SEKOLAH PMR 2010-2013

TAHUN
BIL.CALON
BIL. MIN D
PERATUS
BEZA
GRED PURATA SEKOLAH
BEZA
2013
54
15
50.00
9.2
2.76
-0.35
2012
49
17
40.8
 
3.11
 
2011
79
17
31.6
 
3.3
 
2010
62
16
37.1
 
3.3
 


SENARAI PELAJAR CEMERLANG PMR 2013 SMK PALONG DUA(F)

BIL
NAMA
PENCAPAIAN
1
AMIRA BALQISH BINTI SUKRI
8A
2
NURHASINA BINTI MOHD SHAH
7A1B1C
3
NURUL SHAFIQA BINTI MOHAMAD AMRAN
5A2B1C
4
NOOR HAIDATUL AKMA BINTI RAZALI
4A4B
5
ASIYILAH VANI A/P THAMARAI PILLAY
4A3B
6
SITI AISYAH BINTI MOHD NOR
4A3B2C
7
ABDUL MUHAIMIN BIN ABDUL SUKOR
4A3B2D

 

 
TAHNIAH AMIRA BALQISH BINTI SUKRI!!
SEMOGA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT..
 

 
 

Monday, October 1, 2012

MINGGU BAHASA 2012, 24-28 SEPTEMBER 2012

        Minggu bahasa merupakan aktiviti yang mampu membentuk kemantapan dan kekuatan aspek kebahasaan dalam kalangan pelajar. Program ini juga mampu menyumbang idea-idea bernas. Minggu bahasa ini diakan selama lima hari bermula pada 24 hingga 28 September 2012. 

             Antara aktiviti yang diadakan pada minggu tersebut ialah aktiviti radio sekolah, teka silang kata, kuiz KOMSAS, ''crossword puzzle, pertandingan tulisan khat, language camp, sahiba, hifzul kalimah, serta persembahan puisi dan lagu. Para pelajar memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan minggu bahasa ini. Minggu ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang. Diharapkan minggu bahasa ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan bagi membentuk dan membudayakan sikap cinta akan ilmu pengetahuan sama ada yang berbentuk akademik atau pengetahuan am.

GAMBAR DISEKITAR PROGRAM









MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 2012, 15 OGOS 2012

       Ahklak yang mulia dan terpuji dalam kehidupan manusia adalah berpaksikan kepada kepatuhan dan ketundukan kepada Al-Quranul Karim. Oleh itu, semua pelajar dan warga SMK Palong Dua (FELDA) serta komuniti mestilah bersama-sama mendekatkan diri kepada Al-Quranul Karim.

       Pada 15 Ogos 2012, SMK Palong Dua (FELDA) telah mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi pelajar, guru, staf sokongan dan seluruh warga SMK Palong Dua (FELDA). Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Abd. Aziz b. Nek wan dan diikuti dengan ucapan perasmian daripada pengetua SMK Palong Dua( FELDA), Hjh Toharah Bt Haji Harun. Selepas itu, upacara khatam Al- Quran guru dan pelajar serta persembahan para pelajar diadakan. Upacara diakhiri dengan penyampaian hadiah, sumbangan kepada anak yatim. Majlis bersurai kira-kira pada pukul 2 petang.

GAMBAR DISEKITAR MAJLIS.






Thursday, September 27, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-27 TAHUN 2012,26, 27 & 28 JULAI 2012

         Kejohanan Olahraga Tahunan ini merupakan salah satu kejohanan tahunan utama yang diadakan setiap tahun. Aktiviti ini juga merupakan salah satu cara untuk melibatkan semua pelajar dalam aktiviti sukan dan permainan. Ia menjadi asas pemilihan pelajar untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.         
         Aktiviti ini menjamin penglibatan pelajar secara menyeluruh kerana semua ahli rumah sukan wajib menyertai kejohanan ini dan mata akan diberi kepada peserta yang menang untuk menentukan kemenangan rumah sukan masing-masing.
         Pencapaian kejohanan olahraga tahunan SMK Palong Dua (FELDA):

A)   SUKAN TARA
Johan : Saidina Abu Bakar (Kuning)

B)   PERTANDINGAN HIASAN RUMAH SUKAN
Johan : Saidina Abu Bakar (Kuning)

C)   PERTANDINGAN PERBARISAN
Johan : Saidina Abu Bakar (Kuning)

D)   JOHAN KESELURUHAN : Saidina Abu Bakar (Kuning)

E)   OLAHRAGAWAN SEKOLAH
MUHAMAD FIQRI BIN AZLAN
-       Emas 100 M
-       Emas Lontar Peluru
-       Emas Rejam Lembing
-       Emas 4 X 100 m
-       Emas 4 X 400 m

F)    OLAHRAGAWATI SEKOLAH
JULIANA A/P LOORDUSAMY
-     Emas 400 m
-     Emas 800 m
-       Emas 4 X 400 m
-       Perak 200 m
-       Perak 4 x 100 m

         Pada keseluruhannya, kejohanan olahraga tahunan SMK Palong Dua (FELDA) telah berjalan dengan baik dan lancar. Diharap pada tahun hadapan, semua pelajar menyertai kejohanan sekurang-kurangnya satu sukan.

GAMBAR SEKITAR KEJOHANAN







MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) TAHUN 2012, 9 – 13 JULAI 2012

        Pada 9- 13 Julai 2012 (Isnin- Jumaat), SMK Palong Dua (FELDA) telah mengadakan minggu pusat sumber sekolah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid untuk mendapatkan ilmu dengan pelbagai cara yang boleh diterokai di persekitaran mereka dengan menggunakan kemudahan pusat sumber sekolah. Minggu PSS ini telah dirasmikan oleh pengetua SMK Palong Dua (FELDA), Pn. Hjh Toharah bt. Hj harun.
        Antara aktiviti yang dijalankan pada pertandingan tersebut ialah jejak maklumat ICT, jejak maklumat PSS, BBM Power Point, laluan iqra' dan pertandingan papan kenyataan berinformasi.
Pada keseluruhannya aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.  Walaupun ada beberapa masalah kecil seperti waktu bertindih antara program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan dan pembesar suara tidak berfungsi, namun begitu semua itu dapat diatasi dengan baik oleh ahli jawankuasa pertandingan.  Berdasarkan tinjauan ke atas pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan yang dianjurkan, rata-rata mereka sangat seronok dan berpendapat program ini patut diteruskan pada tahun hadapan kerana mereka ingin menyertainya lagi.
         Diharapkan pada tahun hadapan aktiviti dan pertandingan dapat diperbanyakkan agar penyertaan pelajar dalam aktiviti dan pertandingan lebih menyeluruh.  Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua guru yang telah memberikan komitmen yang amat baik dan bersungguh-sungguh demi menjayakan Minggu PSS kali ini.

GAMBAR SEKITAR MINGGU PSS



 PERASMIAN....

 JEJAK MAKLUMAT...

Wednesday, September 26, 2012

SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH,4 JULAI 2012

         Koperasi sekolah telah diiktiraf sebagai salah satu kegiatan ko-kurikulum yang terpenting di sekolah. Sambutan Hari Koperasi Sekolah merupakan usaha menonjolkan koperasi sekolah sebagai satu entiti penting di sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi dikalangan anggota.

         Bertemakan "KOPERASI MEMBINA KESEJAHTERAAN MASYARAKAT", SMK Palong Dua (FELDA) menyambut hari koperasi sekolah pada 4 Julai 2012 dengan jayanya. Sambutan Hari Koperasi ini dirasmikan oleh pengetua SMK Palong Dua iaitu Pn.Hjh Toharah bt. Hj. Harun. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah "car wash", gotong- royong dan ceramah kepenggunaan. Semua warga SMK Palong Dua (FELDA) memberikan kerjasama serta meyumbang tenaga dalam menjayakan sambutan ini. Semoga program ini dapat mendidik pelajar mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

GAMBAR SEKITAR HARI KOPERASI SEKOLAH