SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Wednesday, September 26, 2012

PROGRAM MINGGU INFORMASI KERJAYA 2012,25-29 JUN 2012

          Program Minggu Informasi Kerjaya 2012 dilaksanakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang halatuju selepas SPM kepada pelajar supaya  mereka lebih bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Selain itu, program ini bertujuan menambah pengetahuan pelajar mengenai kerjaya-kerjaya tertentu melalui aktivit-aktiviti yang dijalankan. Program ini sangat bermanfaat kepada pelajar-pelajar dalam memberi pendedahan tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS serta prospek kursus-kursus tersebut serta membantu meningkatkan motivasi pelajar serta mengasah bakat-bakat tertentu yang bersesuaian dengan kecenderungan diri mereka.
         Personalia yang berpengalaman dijemput khas bagi menjayakan program ini ialah pensyarah – pensyarah dari PTPL, tenaga pengajar BR Automations serta Pn.Azuriah dari konsultan kejuruteraan. Minggu Informasi Kerjaya ini diadakan di bilik-bilik khas yang telah ditetapkan.
         Antara pengisian program ini ialah, pembentangan dan taklimat kerjaya untuk pelajar MPV, Biologi, Lukisan Kejuruteraan, bengkel ”Blood Grouping” untuk Pelajar Biologi, bengkel “Seni Persembahan Meja, Kulinari “ untuk Pelajar MPV, bengkel “Lukisan Kejuruteraan” dan bengkel kerjaya dan taklimat Sijil Kemahiran Malaysia.
         Semua pelajar yang terlibat memberikan kerjasama yang baik. Para pelajar sangat berminat dan mengikuti bengkel sehingga akhir program. Pelajar MPV dibahagikan beberapa kumpulan dan membuat semua aktiviti yang dijalankan oleh Kolej PTPL. Pelajar Biologi pula mendapat pengalaman mengambil darah sendiri dan mengetahui jenis dan kumpulan darah masing-masing. Pelajar-pelajar ini sangat seronok dan teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Program ini akan di anjurkan lagi pada tahun akan datang.

GAMBAR DISEKITAR PROGRAM





SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA 2012, 25 MEI 2012

          Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Mei 2012.  Hal ini kerana pada tarikh 16 Mei 2012, pelajar-pelajar masih menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
          Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, diikuti lagu Kebesaran Negeri Sembilan, dan lagu Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Dua (FELDA).  Seterusnya bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah disampaikan oleh wakil guru.  Bacaan ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia pula melonjakkan semangat semua guru dan warga sekolah.
          Sebelum acara sukaneka dan acara dewan dimulakan, warga sekolah telah mendengar ucapan YDP PIBG dan ucapan pengetua SMK Palong Dua (FELDA) iaitu Puan Hajah Toharah binti Haji Harun.  Acara sukaneka telah dikendalikan oleh Badan Pengawas dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua guru, staf sokongan, dan pekerja swasta. Sambutan kali ini diakhiri dengan jamuan untuk pelajar dan guru.
          Sambutan yang bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara yang dikendalikan oleh Kelab Guru dan Staf SMK Palong Dua (FELDA) serta dibantu oleh Badan Pengawas telah berjaya menyatukan semua warga sekolah sama ada di peringkat pelajar, guru, staf sokongan mahupun pekerja-pekerja swasta.  Semoga sambutan seumpama ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.







Tuesday, September 25, 2012

PROGRAM PEMURNIAN DISIPLIN DAN SIFAR SALAH LAKU,23-27 APRIL 2012


Program ini telah dijalankan pada 23-27 April 2012.Semua pelajar terlibat dan mengambil bahagian dengan aktiviti yang dianjurkan. Bacaan info disiplin telah dibaca oleh guru disiplin pada setiap hari diperhimpunan dan sangat memberi info dan maklumat kepada pelajar. Operasi Disiplin telah diadakan secara besar-besaran dan pemeriksaan telah dibuat dari semua aspek. Terutama dari segi pemakaian uniform sekolah yang lengkap, rambut, dan lain-lain. Begitu juga dengan pelajar perempuan, spotcheck telah dijalankan oleh KP dan juga semua guru perempuan.
Ceramah yang disampaikan oleh Imam Muda Fattah sangat menarik minat pelajar. Dua orang pelajar contoh telah dipih iaitu Nur Shakina Mohd Shah dan Ahmad Aidil Anuar.  Secara keseluruhannya program berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM:


 PERASMIAN...

 CERAMAH...


PROGRAM SESUCI PERMATA, 13 APRIL 2012

TARIKH PELAKSANAAN
13 April 2012
TEMPAT
Surau SMK Palong Dua (F)
SASARAN
Semua Pelajar Puteri SMK Palong 2 (F)
PERSONALIA
Siti Norhafidza Bt Razali
Peserta Ustazah Pilihan
TAJUK
Ikon Remaja Masa Kini


Seramai 111 orang pelajar perempuan telah menghadiri program ini. Intipati ceramah mampu menarik minat pelajar perempuan, pelajar memberikan perhatian dan mengambil bahagian dengan sukarela. Secara keseluruhannya program berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat.

PROGRAM TEKNIK DAN KEMAHIRAN BELAJAR BERKESAN, 1 MAC 2012

 
TARIKH PELAKSANAAN
1 Mac 2012 / Khamis
TEMPAT
Dewan Ibnu Khaldun,  SMK Palong Dua (F)

SASARAN
Semua pelajar Tingkatan 3 dan 5
PERSONALIA
Pn.Kholilah bt Hj.Amin
Kaunselor Cemerlang SMK Pasir Besar
TAJUK
Harga Diri
KOS/SUMBER/PERBELANJAAN SEBENAR
RM150.00
PENGISIAN

·         Ceramah teknik belajar
*       Peta minda
*       Peta konsep
*       Isyikawa (teknik tulang Ikan)
*       Bunyi seakan
*       Akronim
*       Latih tubi
·         Tayangan slide
·         LDK
·         Pembentangan


Seramai 100 orang pelajar tingkatan 3 dan 5 telah mengikuti program ini. Pelajar telah didedahkan dengan enam teknik membuat nota yang sangat menarik. Penerangan yang jelas beserta dengan contoh-contoh memudahkan lagi para pelajar memahami teknik belajar yang disampaikan. Pelajar telah dibahagi beberapa kumpulan mengikut tingkatan dan diarahkan membuat latihan membuat nota ringkas mengikut teknik membuat nota yang telah diajar dan perlu membuat pembentangan. Semua pelajar mampu menyiapkan nota mengikut teknikyang telah diajar.  Secara keseluruhannya program berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat.

Monday, September 24, 2012

PENTAULIAHAN PEMIMPIN MUDA

          Pada 27 Februari 2012, Pentauliahan Pemimpin Muda telah diadakan bertujuan untuk mengangkat darjat pemimpin-pemimpin di SMK Palong Dua (FELDA) agar lebih berkeyakinan dan berketrampilan dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka.  Pemimpin-pemimpin pelajar yang diberi pentauliahan pada hari ini terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah (PSS), pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), dan pengawas koperasi.  Pentauliahan ini dimulakan dengan lafaz ikrar yang diketuai oleh saudara Mohammad Iqram bin Abdul Hamid yang telah dilantik secara rasmi sebagai ketua umum pelajar.  Dalam ucapan yang disampaikan oleh Cik Hajah Hazlina binti Rani, GPK  SMK Palong Dua (FELDA), beliau telah melahirkan harapan agar para pemimpin ini dapat menjadi contoh terbaik kepada pelajar-pelajar lain dalam segala aspek.

          Dengan adanya pentauliahan ini, diharapkan agar semua pemimpin pelajar dapat menjalankan tugas dengan lebih aktif dan sentiasa menjaga disiplin kerana mereka adalah pembantu guru-guru dalam melaksanakan tugas dalam bidang masing-masing.

 KETUA PEMIMPIN PELAJAR

 BACAAN IKRAR


         

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29


Tarikh : 22 Februari 2012
Masa  : 3.00 hingga 5.00 petang
Program ini telah dirancang oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Palong Dua (F), Gemas dengan hasrat untuk mempertemukan para guru dengan para ibu bapa/penjaga untuk bersama-sama berbincang dan menjana idea bagi memantapkan lagi kualiti pencapaian sekolah ini dalam segala bidang yang diceburi. Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk mewujudkan pemuafakatan yang mantap antara para ibu bapa/penjaga dengan para guru dalam usaha melahirkan para pelajar yang cemerlang  akademik dan berakhlak mulia. 

SESI PERJUMPAAN 3 PENJURU

 MESYUARAT AGUNG

PENDAFTARAN PENJAGA