SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Wednesday, September 26, 2012

SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA 2012, 25 MEI 2012

          Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Mei 2012.  Hal ini kerana pada tarikh 16 Mei 2012, pelajar-pelajar masih menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
          Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, diikuti lagu Kebesaran Negeri Sembilan, dan lagu Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Dua (FELDA).  Seterusnya bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah disampaikan oleh wakil guru.  Bacaan ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia pula melonjakkan semangat semua guru dan warga sekolah.
          Sebelum acara sukaneka dan acara dewan dimulakan, warga sekolah telah mendengar ucapan YDP PIBG dan ucapan pengetua SMK Palong Dua (FELDA) iaitu Puan Hajah Toharah binti Haji Harun.  Acara sukaneka telah dikendalikan oleh Badan Pengawas dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua guru, staf sokongan, dan pekerja swasta. Sambutan kali ini diakhiri dengan jamuan untuk pelajar dan guru.
          Sambutan yang bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara yang dikendalikan oleh Kelab Guru dan Staf SMK Palong Dua (FELDA) serta dibantu oleh Badan Pengawas telah berjaya menyatukan semua warga sekolah sama ada di peringkat pelajar, guru, staf sokongan mahupun pekerja-pekerja swasta.  Semoga sambutan seumpama ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.







Tuesday, September 25, 2012

PROGRAM PEMURNIAN DISIPLIN DAN SIFAR SALAH LAKU,23-27 APRIL 2012


Program ini telah dijalankan pada 23-27 April 2012.Semua pelajar terlibat dan mengambil bahagian dengan aktiviti yang dianjurkan. Bacaan info disiplin telah dibaca oleh guru disiplin pada setiap hari diperhimpunan dan sangat memberi info dan maklumat kepada pelajar. Operasi Disiplin telah diadakan secara besar-besaran dan pemeriksaan telah dibuat dari semua aspek. Terutama dari segi pemakaian uniform sekolah yang lengkap, rambut, dan lain-lain. Begitu juga dengan pelajar perempuan, spotcheck telah dijalankan oleh KP dan juga semua guru perempuan.
Ceramah yang disampaikan oleh Imam Muda Fattah sangat menarik minat pelajar. Dua orang pelajar contoh telah dipih iaitu Nur Shakina Mohd Shah dan Ahmad Aidil Anuar.  Secara keseluruhannya program berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM:


 PERASMIAN...

 CERAMAH...


PROGRAM SESUCI PERMATA, 13 APRIL 2012

TARIKH PELAKSANAAN
13 April 2012
TEMPAT
Surau SMK Palong Dua (F)
SASARAN
Semua Pelajar Puteri SMK Palong 2 (F)
PERSONALIA
Siti Norhafidza Bt Razali
Peserta Ustazah Pilihan
TAJUK
Ikon Remaja Masa Kini


Seramai 111 orang pelajar perempuan telah menghadiri program ini. Intipati ceramah mampu menarik minat pelajar perempuan, pelajar memberikan perhatian dan mengambil bahagian dengan sukarela. Secara keseluruhannya program berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat.

PROGRAM TEKNIK DAN KEMAHIRAN BELAJAR BERKESAN, 1 MAC 2012

 
TARIKH PELAKSANAAN
1 Mac 2012 / Khamis
TEMPAT
Dewan Ibnu Khaldun,  SMK Palong Dua (F)

SASARAN
Semua pelajar Tingkatan 3 dan 5
PERSONALIA
Pn.Kholilah bt Hj.Amin
Kaunselor Cemerlang SMK Pasir Besar
TAJUK
Harga Diri
KOS/SUMBER/PERBELANJAAN SEBENAR
RM150.00
PENGISIAN

·         Ceramah teknik belajar
*       Peta minda
*       Peta konsep
*       Isyikawa (teknik tulang Ikan)
*       Bunyi seakan
*       Akronim
*       Latih tubi
·         Tayangan slide
·         LDK
·         Pembentangan


Seramai 100 orang pelajar tingkatan 3 dan 5 telah mengikuti program ini. Pelajar telah didedahkan dengan enam teknik membuat nota yang sangat menarik. Penerangan yang jelas beserta dengan contoh-contoh memudahkan lagi para pelajar memahami teknik belajar yang disampaikan. Pelajar telah dibahagi beberapa kumpulan mengikut tingkatan dan diarahkan membuat latihan membuat nota ringkas mengikut teknik membuat nota yang telah diajar dan perlu membuat pembentangan. Semua pelajar mampu menyiapkan nota mengikut teknikyang telah diajar.  Secara keseluruhannya program berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat.

Monday, September 24, 2012

PENTAULIAHAN PEMIMPIN MUDA

          Pada 27 Februari 2012, Pentauliahan Pemimpin Muda telah diadakan bertujuan untuk mengangkat darjat pemimpin-pemimpin di SMK Palong Dua (FELDA) agar lebih berkeyakinan dan berketrampilan dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka.  Pemimpin-pemimpin pelajar yang diberi pentauliahan pada hari ini terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah (PSS), pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), dan pengawas koperasi.  Pentauliahan ini dimulakan dengan lafaz ikrar yang diketuai oleh saudara Mohammad Iqram bin Abdul Hamid yang telah dilantik secara rasmi sebagai ketua umum pelajar.  Dalam ucapan yang disampaikan oleh Cik Hajah Hazlina binti Rani, GPK  SMK Palong Dua (FELDA), beliau telah melahirkan harapan agar para pemimpin ini dapat menjadi contoh terbaik kepada pelajar-pelajar lain dalam segala aspek.

          Dengan adanya pentauliahan ini, diharapkan agar semua pemimpin pelajar dapat menjalankan tugas dengan lebih aktif dan sentiasa menjaga disiplin kerana mereka adalah pembantu guru-guru dalam melaksanakan tugas dalam bidang masing-masing.

 KETUA PEMIMPIN PELAJAR

 BACAAN IKRAR


         

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29


Tarikh : 22 Februari 2012
Masa  : 3.00 hingga 5.00 petang
Program ini telah dirancang oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Palong Dua (F), Gemas dengan hasrat untuk mempertemukan para guru dengan para ibu bapa/penjaga untuk bersama-sama berbincang dan menjana idea bagi memantapkan lagi kualiti pencapaian sekolah ini dalam segala bidang yang diceburi. Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk mewujudkan pemuafakatan yang mantap antara para ibu bapa/penjaga dengan para guru dalam usaha melahirkan para pelajar yang cemerlang  akademik dan berakhlak mulia. 

SESI PERJUMPAAN 3 PENJURU

 MESYUARAT AGUNG

PENDAFTARAN PENJAGA

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012, 22 JANUARI 2012





Pada 27 Januari 2012, SMK Palong Dua (FELDA) telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat SMK Palong Dua (FELDA).  Program ini merupakan program tahunan.  Pemenang-pemenang akan dihantar untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa peringkat Daerah Jempol. Para pelajar dan guru berganding bahu menjayakan program ini.  Jarak larian adalah berbeza mengikut kategori.  Pertandingan ini dijalankan mewakili rumah sukan masing-masing dengan nama baharu iaitu Rumah Saidina Abu Bakar As-Sidik (kuning), Saidina Umar Al-Khattab (hijau), Saidina Uthman Al-Affan (merah), dan Saidina Ali bin Abi Talib (biru) menggantikan nama rumah Satria, Wira, Kencana, dan Petra. 

          Larian merentas desa kali ini berjalan lancar kerana pihak penganjur telah mengambil langkah keselamatan. yang sebaik-baiknya. Rumah Saidina Umar Al-Khattab telah mengungguli rumah-rumah lain dan telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi tahun ini.  Diharapkan semua pelajar dapat memberikan saingan yang terbaik dalam kejohanan olahraga yang dirancang akan diadakan pada bulan Jun nanti.