SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Monday, September 24, 2012

PENTAULIAHAN PEMIMPIN MUDA

          Pada 27 Februari 2012, Pentauliahan Pemimpin Muda telah diadakan bertujuan untuk mengangkat darjat pemimpin-pemimpin di SMK Palong Dua (FELDA) agar lebih berkeyakinan dan berketrampilan dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka.  Pemimpin-pemimpin pelajar yang diberi pentauliahan pada hari ini terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah (PSS), pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), dan pengawas koperasi.  Pentauliahan ini dimulakan dengan lafaz ikrar yang diketuai oleh saudara Mohammad Iqram bin Abdul Hamid yang telah dilantik secara rasmi sebagai ketua umum pelajar.  Dalam ucapan yang disampaikan oleh Cik Hajah Hazlina binti Rani, GPK  SMK Palong Dua (FELDA), beliau telah melahirkan harapan agar para pemimpin ini dapat menjadi contoh terbaik kepada pelajar-pelajar lain dalam segala aspek.

          Dengan adanya pentauliahan ini, diharapkan agar semua pemimpin pelajar dapat menjalankan tugas dengan lebih aktif dan sentiasa menjaga disiplin kerana mereka adalah pembantu guru-guru dalam melaksanakan tugas dalam bidang masing-masing.

 KETUA PEMIMPIN PELAJAR

 BACAAN IKRAR


         

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29


Tarikh : 22 Februari 2012
Masa  : 3.00 hingga 5.00 petang
Program ini telah dirancang oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Palong Dua (F), Gemas dengan hasrat untuk mempertemukan para guru dengan para ibu bapa/penjaga untuk bersama-sama berbincang dan menjana idea bagi memantapkan lagi kualiti pencapaian sekolah ini dalam segala bidang yang diceburi. Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk mewujudkan pemuafakatan yang mantap antara para ibu bapa/penjaga dengan para guru dalam usaha melahirkan para pelajar yang cemerlang  akademik dan berakhlak mulia. 

SESI PERJUMPAAN 3 PENJURU

 MESYUARAT AGUNG

PENDAFTARAN PENJAGA

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012, 22 JANUARI 2012





Pada 27 Januari 2012, SMK Palong Dua (FELDA) telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat SMK Palong Dua (FELDA).  Program ini merupakan program tahunan.  Pemenang-pemenang akan dihantar untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa peringkat Daerah Jempol. Para pelajar dan guru berganding bahu menjayakan program ini.  Jarak larian adalah berbeza mengikut kategori.  Pertandingan ini dijalankan mewakili rumah sukan masing-masing dengan nama baharu iaitu Rumah Saidina Abu Bakar As-Sidik (kuning), Saidina Umar Al-Khattab (hijau), Saidina Uthman Al-Affan (merah), dan Saidina Ali bin Abi Talib (biru) menggantikan nama rumah Satria, Wira, Kencana, dan Petra. 

          Larian merentas desa kali ini berjalan lancar kerana pihak penganjur telah mengambil langkah keselamatan. yang sebaik-baiknya. Rumah Saidina Umar Al-Khattab telah mengungguli rumah-rumah lain dan telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi tahun ini.  Diharapkan semua pelajar dapat memberikan saingan yang terbaik dalam kejohanan olahraga yang dirancang akan diadakan pada bulan Jun nanti.

Monday, February 27, 2012

PN. NOR LIZA BINTI ZAINAL

JASA DAN BUDIMU TETAP DIKENANG DI SMK PALONG 2 (FELDA), GEMAS.
PENYAMPAIAN CENDERAHATI PENGHARGAAN DARIPADA SMK PALONG 2 (F).
SELAMAT BERKHIDMAT DI SEKOLAH YANG BARU!!! 

Saturday, January 15, 2011

CIKGU MD WAZIR BIN IDRIS

Jasa Baktimu Dikenang Dalam Memartabat 
PSS SMK Palong Dua (F), Gemas

Buat sahabatku yang bernama Md Wazir bin Idris, jasamu kukenangi sepanjang hayat atas hubungan erat sebagai sahabat dan rakan sekerja yang banyak menolongku ketika aku bergelumang dengan amanah yang memberati kedua-dua pundakku. Terpahat kukuh dalam memoriku, tahun 2010 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran buat diriku, tahun aku diberi kepercayaan untuk memikul pelbagai tugas dengan pelbagai sifat yang tak akan ku senarai pendek dalam ruangan ini

Monday, January 10, 2011

PROGRAM MINGGU ORIENTASI DAN TRANSISI PELAJAR TINGKATAN SATU 2011

PROGRAM MINGGU ORIENTASI DAN TRANSISI
PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2011

3 Januari – 7 Januari  2011

Pada 3 Januari hingga 7 Januari 2011, Program Minggu Orientasi dan Transisi Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011 telah diadakankan di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini yang diketuai oleh Kaunselor Sekolah, Puan Nik Nuraini binti Husain. Program ini sangat berfaedah kepada pelajar dalam menempuhi fasa transisi daripada alam sekolah rendah ke alam sekolah menengah

Monday, January 3, 2011

HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU SESI 2011

31 Disember 2010, pendaftaran murid-murid tingkatan satu bagi sesi 2011 telah dijalankan di Dewan Ibnu Khaldun pada jam 10:30 pagi.  63 orang murid tingkatan satu telah mendaftarkan diri. Sebelum sesi pendaftaran dijalankan,   pada pukul 8:30 pagi, sesi taklimat telah diadakan bagi memberi gambaran awal tentang sekolah ini kepada murid-murid tingkatan satu dan para ibu bapa serta penjaga mereka.

Sesi taklimat dimulai dengan penerangan tentang kegiatan kokurikulum yang disampaikan oleh YM Tengku Riduan bin Raja Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum