SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Sunday, September 5, 2010

PROGRAM IHYA RAMADAN & BULAN PENDIDIKAN ISLAM 1431 H

PROGRAM IHYA RAMADAN 
DAN 
BULAN PENDIDIKAN ISLAM  2010 M / 1431 H


SMK Palong Dua (FELDA), Gemas, Negeri Sembilan

11 Ogos hingga 3 September 2010


OBJEKTIF
  • Mengisi bulan yang mulia dengan ibadat-ibadat dan aktiviti yang bersesuaian dengan syariat untuk murid-murid dan guru.
  • Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. 
  • Meningkatkan keimanan dan ketakwaan semua warga sekolah demi kecemerlangan dunia dan akhirat. 
    MATLAMAT 

    Memberi kesedaran kepada semua warga sekolah amnya, dan murid-murid khususnya tentang kepentingan beramal soleh pada bulan Ramadan bagi mendekatkan diri warga sekolah kepada Allah SWT sebagai tempat memohon pertolongan dengan mengerjakan puasa fardu dan ibadat-ibadat sunat sebagai wadah menguatkan jati diri murid dalam mengharungi kehidupan di dalam dan luar sekolah.

    AKTIVITI
      1. Pelancaran Ihya Ramadan 
      2. Bacaan Al-Quran dan Terjemahannya
      3. Ceramah Ihya Ramadan
      4. Tadarus Al-Quran
      5. Mari Bersedekah
      6. Solat Sunat Dhuha dan Solat Hajat
      7. Tadarus Guru dan Staf
      8. Tazkirah Ramadan
      9. Teka Silangkata Ramadan
      10. Kuiz Ramadan
      11. Pertandingan Kad Ucapan
      12. Pertandingan Nasyid Unit Beruniform Ihya Ramadan
      13. Iftar Jam’ie dan Solat Tarawih 
      14. Majlis Khatam Al-Quran       

       Gambar-gambar 
      Semasa Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan dan Bulan Pendidikan Islam








       Gambar-gambar Aktiviti 
      Sepanjang Program Ihya Ramadan dan Bulan Pendidikan Islam























          Monday, August 16, 2010

          MINGGU BAHASA 2010

          MINGGU BAHASA 2010
          SMK PALONG DUA (F), GEMAS

          Minggu Bahasa sekolah ini telah berjaya dijalankan bermula dari 9 Ogos 2010 hingga 13 Ogos 2010, hasil kerjasama Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, dan Panitia Bahasa Arab. Program ini  merupakan aktiviti yang mampu membentuk kemantapan dan kekuatan aspek kebahasaan dalam kalangan pelajar. Program ini juga mempu menyuntik nilai keberanian dalam diri pelajar untuk tampil ke hadapan menyumbang idea-idea bernas.

          Matlamat

          Melahirkan golongan pelajar yang berani, berkerampilan, dan berpengalaman.

          Objektif
          1. Membentuk dan membudayakan sikap cinta akan ilmu pengetahuan sama ada yang berbentuk akademik atau pengetahuan am.
          2. Membina generasi pelajar yang berketerampilan dalam bidang kebahasaan.
          3. Menerapkan nilai-nilai murni dan estetika dalam kalangan pelajar melalui disiplin bahasa.
          Aktiviti-aktiviti  yang Dijalankan Sepanjang Minggu Bahasa 


          Bahasa Melayu

          Teka Silang Kata
          Pertandingan Bercerita
          Pertandingan Deklamasi Sajak
          Kuiz Tatabahasa

            Bahasa Inggeris 

            Colouring Contest
            Poem
            Spelling Bee
             
              Bahasa Arab 

              Pertandingan Tulisan Khat
              Nasyid
              Kalimah Hafazan
              Kuiz 
               
                Gambar-gambar Sekitar Minggu Bahasa








                "BAHASA MELAYU DIMARTABATKAN,
                BAHASA INGGERIS DIMANTAPKAN,
                BAHASA ARAB DIPERKUKUH"

                Wednesday, August 11, 2010

                BENGKEL MOVIE MAKER DAN PEMBINAAN BLOG 2010

                BENGKEL MOVIE MAKER
                DAN 
                PEMBINAAN BLOG

                9 OGOS 2010
                HINGGA
                 10 OGOS 2010
                 
                MAKMAL KOMPUTER 
                SMK PALONG DUA (F), GEMAS 

                "ICT PENJANA GENERASI GEMILANG"


                Kelab Komputer sekolah ini telah menganjurkan bengkel movie maker dan pembinaan blog khusus untuk para guru dengan harapan dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang kemahiran penggunaan movie maker dan pembinaan blog bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini, penggunaan ICT begitu meluas  dalam pelbagai bidang pekerjaan  dan aktiviti seharian manusia. Justeru, bagi memastikan para guru menjadi pemain yang berkesan dalam era ICT ini, maka pihak Kelab Komputer SMK Palong Dua (F) telah mengorak langkah awal bagi melonjakkan kemahiran para guru sekolah ini untuk bersama-sama menyahut saranan kerajaan untuk melihat lahirnya warga penjawat awam yang berkemahiran tinggi dalam bidang ICT. Dua orang fasilitator telah dipertanggungjawab bagi mengendalikan program ini, iaitu Ustaz Fazeerul Akmar bin Ahmad, guru sekolah ini, bertanggungjawab dalam pengendalian bengkel movie maker, manakala Encik Rahimi bin Rahim, Juruteknik Komputer PKG Rompin, berperanan sebagai fasilitator untuk bengkel pembinaan blog. Rata-rata guru yang mengikuti program ini menyatakan rasa puas hati dengan kemahiran yang diperoleh daripada bengkel yang  dianjurkan oleh kelab komputer sekolah ini. Mereka berharap program seumpama ini akan ada kesinambungannya demi memantapkan kemahiran mereka.
                  

                Gambar-gambar Semasa Bengkel Movie Maker





                Gambar-gambar Semasa Bengkel Pembinaan Blog




                Monday, August 9, 2010

                HARI KOPERASI SMK PALONG DUA (F), GEMAS

                HARI KOPERASI SEKOLAH
                SMK PALONG DUA (F)

                TARIKH    : 28 - 30 JUN 2010
                HARI     : ISNIN – RABU

                “Kreativiti Dan Inovasi
                Memperkasa Koperasi Sekolah

                Gambar-gambar Akiviti 
                Yang Dijalankan 
                Sepanjang Hari Koperasi 2010

                Pertandingan Kuiz


                 Persembahan Caklempong


                Ceramah


                Aktiviti Gotong-royong


                Gerai Jualan Hasilan Murid


                 Perkhidmatan Cuci Kereta (Berbayar)

                Pertandingan Petanque

                Pertandingan Jahitan Manik

                Pertandingan Futsal

                Pertandingan Gasing

                Penyampaian Hadiah 

                Saturday, July 3, 2010

                MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

                Minggu Sains dan Matematik SMK Palong Dua (F), Gemas 2010

                Pada 10 Mei 2010, Puan Saadiah binti Saad, Pengetua sekolah ini telah menyempurnakan pelancaran Minggu Sains dan Matematik  2010 di Dataran Ilmu. Program ini merupakan anjuran bersama-sama Panitia Sains dan Panitia Matematik dan dijalankan selama seminggu mulai 10 Mei hingga 14 Mei 2010, bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Majlis perlancaran yang diadakan berjaya menarik minat para pelajar kerana dijalankan secara pendekatan pengaplikasian pengetahuan dalam sains dan matematik, dan tidak berbentuk klise sebagaimana yang diperlihat dan terbayang dalam minda audien selama ini. Hal ini selaras dengan aspirasi kepemimpinan negara yang menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan rakyat di negara ini.

                Matlamat program ini adalah untuk membentuk modal insan yang berteraskan sains dan matematik. Lima objektif digarisi bagi mencapai hasrat program ini, iaitu:
                1. Menanam minat para pelajar terhadap subjek Sains dan Matematik
                2. Memupuk kesedaran tentang kepentingan disiplin Sains dan Matematik dalam kehidupan seharian. 
                3. Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dalam disiplin Sains dan Matematik.
                4. Mendedahkan pelajar kepada pembelajaran Sains dan Matematik secara penemuan dan eksperimen.
                Minggu Sains dan Matematik juga memberi peluang kepada para pelajar mempelajari Sains dan Matematik secara kontekstual, di samping menjalani aktiviti Minggu Sains dan Matematik yang bersifat santai dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut:
                1. Pertandingan Sudoku 
                2. Pertandingan Susun Nombor Kategori Menengah Atas
                3. Pertandingan Susun Nombor Menengah Rendah
                4. Pertandingan Lidi Beracun Kategori Menengah Atas
                5. Pertandingan Lidi Beracun Kategori Menengah Rendah
                6. Pertandingan Rubik Cube
                7. Pertandingan Parachute
                8. Pertandingan Roket Kategori Menengah Atas
                9. Pertandingan Roket Kategori Menengah Rendah
                10. Kuiz Info Sains dan Matematik
                11. Pameran Sains dan Matematik
                Lokasi bagi perjalanan aktiviti-aktiviti yang dirangka dalam program ini dijalankan di padang sekolah, Makmal Sains PMR, dan Makmal Biologi.

                Bagi memastikan penyertaan secara menyeluruh, slot ”Magic of Science” (eksperimen mudah) juga diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar melakukan eksperimen yang mudah bagi menimbulkan minat dan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan subjek Sains dalam kehidupan. Melalui slot ini, para pelajar berpeluang menonjolkan bakat dan kreativiti mereka dalam pertandingan roket dan parachute. Pihak sekolah ini juga membuka pameran yang diadakan kepada murid-murid SK Palong Dua (F). Pameran yang diadakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

                Beberapa kelemahan telah dikenal pasti semasa program ini dijalankan, yakni terdapat sebilangan kecil pelajar tidak melibatkan diri dalam aktiviti Minggu Sains dan Matematik. Kekurangan juga dapat dikesan dari segi bahan pameran dan kekangan tenaga  kerja sehingga menyebabkan pameran hanya dapat dibuka pada hari Selasa dan Khamis sahaja. Selain itu, penyertaan para pelajar dalam Kuiz Info Sains dan Matematik tidak menggalakkan kerana hanya mendapat tiga penyertaan sahaja. Namun, segala kelemahan dan kekurangan tidak sesekali melemahkan moral dan minda guru-guru Sains dan Matematik sekolah ini, malah mereka berjanji akan melakukan penambahbaikan pada sesi yang akan datang dengan melakukan perancangan yang lebih teliti dan terperinci, serta memperbanyak aktiviti yang lebih menarik dan bercorak inovasi.

                Tuntasnya, secara keseluruhan bahawa Program Minggu Sains dan Matematik yang telah diadakan berjalan dengan lancar dan memberangsangkan. Hampir semua pelajar sekolah ini mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan. Para pelajar sentiasa memberikan kerjasama semasa melawat ke Pameran Sains dan Matematik serta mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan semasa pameran. Harapan pihak Panitia Sains dan Panitia Matematik, program seumpama ini akan berkesinambungan secara konsisten dan diperkasa dari semasa ke semasa. 


                TENAGA PELAKSANA
                 
                TAHNIAH BUAT CIKGU AMENUDIN, CIKGU ROHANA, CIKGU ATIKAH, CIKGU ARIFAH, CIKGU NUR SHALENA, CIKGU FARRAH DIBBA, CIKGU MASITAH, CIKGU NURUL SHAHIDA, DAN TIDAK LUPA JUGA CIKGU AIMI SARAH (sehingga 31 Mei 2010) KERANA BERJAYA MEMULAKAN SESUATU YANG DIANGGAP DI LUAR KEMAMPUAN SELAMA INI.

                Gambar-gambar Sepanjang Aktiviti  Minggu Sains dan Matematik 2010