SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Friday, April 30, 2010

Tanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis

Pengacara atau pengerusi majlis atau juruacara atau nama popularnya dalam kalangan khalayak iaitu mc merupakan satu tanggungjawab yang tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak yang mengundang mc berkenaan untuk memikul tanggungjawab ini dalam mengendalikan majlis anjuran mereka. Pengerusi majlis berperanan sebagai nadi penggerak, pengawal, penghidup, dan penceria bagi sesuatu majlis yang dijalankan tanpa mengira apa-apa jua bentuk sesuatu majlis itu. Pengerusi majlis perlu arif tentang perjalanan dan hal ehwal sesuatu majlis agar selari dengan pengacaraan yang bakal dijalankan agar tidak kelihatan canggung dan hambar. Hanya pengerusi majlis yang benar-benar arif terhadap latar, objektif, dan program yang dijalankan,  dapat menterjemah bait-bait skrip yang dikarangi sehingga mewujudkan suasana yang menyentap psiki ahli yang menghadiri majlis yang diadakan. 

Thursday, April 8, 2010

Kem Kemahiran Bahasa al-Quran (KEMBAQ)


Bahasa Arab atau bahasa al-Quran merupakan subjek yang diajar dalam sistem pendidikan di sekolah -sekolah menengah agama dan juga di sekolah-sekolah menengah kebangsaan yang menawarkan Kelas Aliran Agama (KAA). Realiti yang kita lihat di mana-mana jua sekolah yang menawarkan pembelajaran Bahasa Arab, sesuatu pemikiran yang telah tertanam kukuh dalam minda murid dalam aliran agama atau KAA bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai.