SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Saturday, February 20, 2010

Marilah Menghayati Matlamat Penubuhan Felda

Marilah kita mengimbau kembali sejarah penubuhan FELDA untuk muhasabah diri dan memperbaharu azam bagi menentukan hala tuju organisasi ini mencapai targetnya. "Melayu mudah lupa",  itulah ungkapan yang sering dilaungkan dalam mana-mana pentas politik  sebelum kita mengecapi nikmat kemerdekaan lagi. Penubuhan FELDA pada tahun 1956 melalui usaha Mantan Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein telah menjadi titik tolak untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu di luar bandar. Penubuhan Felda adalah untuk menyeimbangkan pembahagian kek ekonomi di dalam negara yang tercinta ini agar tidak wujud lagi jurang pencapaian ekonomi yang ketara dalam kalangan masyarakatnya yang berbilang kaum. Sesungguhnya penubuhan organisasi Felda ini telah memberi impak jangka pendek dan juga impak jangka panjang terhadap survival nasib bangsa Melayu dan Bumiputera dalam usaha membina status ekonomi sosial mereka.

Sunday, February 14, 2010

Gurindam Padah Menyanggahi Pengetua










Kalau Pengetua tidak ditaati
Petanda awal jemaah mati

Kalau Pengetua sering disanggah
Tamsil sokong membawa rebah

Friday, February 12, 2010

Kejayaan Ada Di Mana-mana


Sering kali nama "Palong" dijadikan bahan lelucon oleh pelbagai pihak dengan  gelaran popular "Poland" yang tampak bersifat gurauan dari segi luarannya tetapi agak bias kepada ejekan secara tersiratnya. Turut tidak terlepas menerima  tempias dengan gelaran tersebut  termasuklah kami warga SMK Palong Dua (F), khususnya ketika kami menghadiri kursus  atau apa-apa jua majlis anjuran pihak PPD atau anjuran pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Kadangkala kawasan ini dijadikan bahan ketawa seolah-olah tempat ini  berstatus "corok" (istilah orang nogori) . Demikianlah gambaran mereka tentang kami. Namun, kami tetap beranggapan semuanya itu hanya sekadar halwa telinga buat menceriakan suasana. Kami tetap bermentaliti positif dan memiliki daya juang yang tinggi demi membina sebuah kalimat yang bernama "Kecemerlangan". 

Tidak dapat dinafikan SMK Palong Dua (F) terletak di lokasi yang agak jauh dari kawasan bandar , namun begitu pemikiran atau mentaliti warganya tidaklah terkongkong dalam kepompong persekitaran yang melingkari warganya . Hal ini demikian kerana kami tidak pernah sesekali berasa hina diri atau istilah psikinya iaitu “inferiority complex”  atas situasi yang kami hadapi. Kami sentiasa berusaha bersungguh-sungguh menggembleng tenaga untuk memartabatkan sekolah ini ke arah kecemerlangan dengan mengatur pelbagai program sama ada yang berbentuk pembangunan fizikal mahupun yang berasaskan pembangunan modal insan yang akhirnya berkeupayaan melakukan anjakan paradigma bagi memecah segala tembok penghalang yang menghambat pemikiran anak-anak didik kami selama ini.

Pelbagai program telah kami rancangkan, contohnya seluruh kawasan sekolah ini telah dijadikan sebagai rantau WIFI bagi melahirkan warga yang celik ICT dan berinformasi. Bagi memantapkan lagi penguasaan teknologi ini, kami telah mewujudkan Blog PSS sekolah dengan urlnya, iaitu http://smkp2.blogspot.com/. Selain itu, kami juga telah membina Menara al-Asr, iaitu menara jam sebagai sempena mengambil berkat nama Surah al-Asr yang membicarakan peri pentingnya menghargai masa agar nilai ini menjadi budaya warganya. Kami juga telah mewujudkan Anjung Ilmu yang terletak di sebelah Kafeteria Sekolah sebagai wadah untuk murid-murid membina kemahiran berkomunikasi .  Alhamdulillah, kini telah kelihatan  suasana yang kondusif di kawasan persekitaran sekolah yang memungkinkan hasrat para penerajunya untuk mencapai status sekolah cemerlang  sebagai suatu impian yang tidak mustahil untuk digapai.

Dalam usaha kami ke arah mempertingkat pembangunan fizikal, kami tetap tidak alpa menjunjung tugas utama kami iaitu melahirkan sumber manusia yang cemerlang akademik dan sahsiah, serta warga pendidik dan pekerja yang berkualiti dalam menjalankan peranan sebagai pencorak masa hadapan anak-anak didik SMK Palong Dua (F). Kami telah mengatur pelbagai program, antaranya mewujudkan kelas-kelas tambahan sama ada di bawah anjuran PIBG atau pihak Felda, bengkel-bengkel pembelajaran, program-program khas akademik, Majlis Tadarus al-Quran, Nilam Guru, Laluan Iqra’, sesi professional bulanan, perjumpaan antara pihak pentadbiran dengan staf sokongan dan pekerja swasta, lawatan benchmarking, perjumpaan para guru dan ibu bapa, dan pelbagai program lain yang objektifnya adalah untuk memacukan sekolah ini ke arah kecemerlangan yang seimbang.

Tuntasnya, segala program yang kami jalankan adalah berbentuk holistik yang meliputi aspek fizikal dan spiritual. Insya-Allah, usaha-usaha murni ini lambat laun akan beroleh kejayaan. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Kami berdoa apa-apa jua usaha yang telah atau bakal kami laksanakan akan beroleh pertolongan daripada Allah SWT. Marilah kita bersama-sama menguatkan tekad dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal kalimah putus asa. Insya-Allah niat ikhlas kita akan mendapat perhatian dan perkenan daripada Allah Yang Maha Agung.

Wednesday, February 10, 2010

Teknik Bacaan

Apakah Makna Membaca?

“A hightly interactive process. The reader is an active processor of written material – an executive reader as opposes to a polite guest.”
(Gates 1983)

“Reading can be seen as a process of recreating the text in the reader’s mind”
(Walter 1985)

Tuesday, February 2, 2010

Rencana: Bahasa Jiwa Bangsa


Dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub kedudukan istimewa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedudukan istimewa ini tidak sekadar tersurat dalam perlembagaan semata-mata, bahkan telah diterjemah dalam penggubalan dan pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan. Bahasa Melayu diwajibkan penggunaannya dalam urusan rasmi kerajaan. Dasar pendidikan juga menetapkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Nawaitunya hanyalah untuk memastikan bahasa ini dapat dihayati dan diamalkan secara meluas dalam kalangan warganya.