SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

VISI
"PENDDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA''

MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNUTK MEMBANGUNKAN POTENSI INDUVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA".

MOTO
BERDISIPLIN MAJU JAYA

SLOGAN
DISIPLIN PERTAMA,
AKADEMIK UTAMA,
KOKURIKULUM BERSAMA.

Saturday, January 23, 2010

Sesi Profesionalisme Kali Pertama 2010



23 Januari 2010, sekolah ini telah menjemput dua orang pegawai kanan daripada Unit Perjawatan dan Perkhidmatan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk menjayakan Sesi Profesionalisme Kali Pertama Sesi 2010. Pegawai tersebut ialah Encik Shaharuddin bin Mohd Yusof, Pegawai Eksekutif Kanan dan Puan Shamsiah binti Khamis, Ketua Pembantu Tadbir.

Encik Shaharuddin telah memberi taklimat tentang Buku Perkhidmatan, Peraturan-peraturan Pegawai Awam dan Tatatertib yang berkaitan dengan cuti, pakaian penjawat awam semasa menjalankan tugas, pematuhan
masa kerja, dan jawatan pool.

Puan Shamsiah pula memberi fokus tentang peluang-peluang kenaikan pangkat untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah.

Tuan Pengetua, Puan Saadiah binti Saad dalam ucapan penangguhannya berharap taklimat yang diberi oleh kedua-dua pegawai yang berpengalaman ini dapat memberi gambaran sebenar tentang amanah yang perlu dipikul oleh para penjawat awam dan dapat memberikan pendedahan yang jelas tentang peluang-peluang kenaikan pangkat dalam perjawatan guru dan kumpulan staf sokongan.

Mesyuarat Post Mortem PMR 2009

 21 Januari 2010, Mesyuarat Post Mortem PMR 2009 telah diadakan bagi membincangkan punca-punca berlakunya kemerosotan pencapaian subjek-subjek tertentu yang membawa  kepada kemerosotan gred purata sekolah. 

Wednesday, January 20, 2010

Kejohanan Merentas Desa SMK Palong Dua (F), Gemas 2010



Keputusan penuh Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Palong Dua (F), Gemas yang telah diadakan pada 13 Januari 2010.



Kategori: Lelaki Bawah 18 Tahun

Kedudukan
Nama Peserta
Rumah
1
Thenesshvaran a/l Gobalakrshinan
Petra
2
Mohammad Redzuan bin Mohammad Nor
Petra
3
Mohammad Fadhli bin Yahya
Wira
4
Muhammad Nazrin bin Tarmidi
Petra
5
Muhammad Nur Hizam bin Ibrahim
Wira
6
Sentot Ali Basha bin Agus
Petra
7
Mohd Azhar bin Darul Aman
Petra
8
Mohd Farhan bin Mohd Ishak
Satria
9
Mohd Khairul Fitri bin Piae
Kencana
10
Mohamad Aswan bin Mazlan
Kencana
11
Abdul Rahman bin Mahadi
Kencana
12
Mohammad Sukkrin bin Mohd Nasir
Satria
13
Akmal Arif bin Anuar
Wira
14
Mohammad Yusof bin Mohd Rawi
Petra
15
Muhamad Akmal bin Abd Rahaman
Petra


Rencana: Sudut Pidato


Baru-baru ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan langkah UKM menganjurkan semula Sudut Pidato diyakini mampu melahirkan golongan mahasiswa yang  bertanggungjawab serta mencorak daya kepemimpinan cemerlang. Usaha menghidupkan semula Sudut Pidato ini perlu dilihat sebagai suatu aktiviti  yang  perlu diperluas dari segi praktiknya di peringkat sekolah lagi.  Sebarang jurang perbezaan tidak sepatutnya  wujud  di antara  dunia menara gading dengan alam persekolahan. Sikap proaktif kita sebagai warga pendidik amat dituntut bagi melahirkan anak didik yang berketerampilan dalam kemahiran pidato. Kemahiran ini perlu dipupuk sejak awal lagi tanpa perlu menunggu mereka menjejakkan kaki di universiti. Kepekaan kita dalam hal ini banyak membantu lahirnya generasi pelajar yang bermentaliti kelas pertama, di samping pencapaian akademik yang cemerlang.

Keputusan PMR 2009


BIL
MP
BILANGAN & PERATUS CALON MENGIKUT GRED
KUASAI
MIN ‘D’
GRED
GPMP
A
B
C
D
E
BIL
%
BIL
%
BIL
%
BIL
%
BIL
%
1
BM
14
21.9
33
51.6
15
23.4
2
3.1
100.00
0
0
2.08
2
BI
0
0
10
15.6
13
20.3
17
26.6
62.50
24
37.5
3.86
3
SEJ
4
6.3
13
20.3
23
35.9
21
32.8
95.31
3
4.7
3.09
4
GG
4
6.3
12
18.8
25
39.1
21
32.8
96.88
2
3.1
3.08
5
PI
9
14.3
29
46.0
20
31.7
5
7.9
100.00
0
0
2.33
6
MT
7
10.9
12
18.8
9
14.1
32
50.0
93.75
4
6.3
3.22
7
SNS
4
6.3
13
20.3
19
29.7
28
43.8
100.00
0
0
3.11
8
KHB (KT)
0
0
3
20.0
10
66.7
1
6.7
93.33
1
6.7
3.00
9
KHB (ERT)
0
0
5
31.3
8
50.0
2
12.5
93.75
1
6.3
2.94
10
KHB (P)
4
21.1
6
31.6
9
47.4
0
0
100.00
0
0
2.26
11
BA
1
3.0
0
0
3
9.1
7
21.2
33.33
22
66.7
4.48

Minggu Orientasi Tingkatan Satu Sesi 2010



Tarikh: 4 Januari 2010 hingga 6 Januari 2010
Tempat: Dewan Ibnu Khaldun, SMK Palong Dua (F), Gemas
Kumpulan Sasaran: Semua murid tingkatan satu

1.0 Rasional 

Program Orientasi ini dirangka sebagai satu platform untuk memberi pendedahan kepada

Mesyuarat Sekolah Menjelang 2010

Mesyuarat Pengurusan Sekolah

Pada 17 Disember 2009 baru-baru ini, Mesyuarat Pengurusan SMK Palong Dua (F), Gemas telah diadakan bagi membincangkan segala perancangan yang akan dilaksanakan pada sesi persekolahan 2010. Mesyuarat bermula pada pukul 10:30 pagi. Fokus utama yang dibincangkan ialah pemurnian Manual Pengurusan Sekolah bagi sesi 2010. Pelbagai pandangan telah dilontar oleh barisan AJK Pengurusan Sekolah untuk penambahbaikan manual ini . Topik-topik yang dibincangkan mencakupi pekeliling ikhtisas, peraturan sekolah, tugas-tugas guru dan staf sokongan, takwim 2010, serta kebajikan warga sekolah.

Program Jom ke Sekolah



TEKS UCAPAN PENGETUA
SEMASA MERASMIKAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH
PADA 11 JANUARI 2010



Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.

Yang dihormati Cik Hazlina binti Rani, Guru Penolong Kanan SMK Palong Dua (F)
Yang dihormati Puan Latifah binti Mansor, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang dihormati YM Tengku Riduan bin Raja Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Ketua Bidang, Guru Media, Kaunselor, guru-guru, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi.

1. Terlebih dahulu, saya melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas rahmat dan izin-Nya jua, kita telah dapat bersama-sama menjayakan Pelancaran Program Jom ke Sekolah yang bermatlamat untuk membina semangat baharu yang lebih berkobar-kobar dan kuat untuk kita meneruskan perjuangan kita demi kegemilangan kita dan sekolah kita.

Friday, January 1, 2010

Dominannya ICT Dalam Kehidupan Marcapada

Mutakhir ini, pendekatan secara maya telah mendominasi kehidupan manusia sebagai akibat ledakan teknologi maklumat dan komunikasi yang mewarnai lanskap universal yang tidak lagi dibatasi sempadan geografi, etnik, sosiobudaya atau sosioekonomi. Kepantasan bertindak dan kecekapan berfikir yang berbantukan ICT telah menjadi suatu kewajipan bagi setiap individu atau sesuatu institusi bergerak ke hadapan bagi menangani segala cabaran semasa dan juga yang akan datang. Jika kita gagal menguasai kekuatan ini, nescaya kita akan ketinggalan dan tidak mustahil kita akan dikuasai oleh pihak yang telah menguasai bidang ini.

Kita telah didedah tentang bagaimana berkuasanya pihak di Barat merosakkan ekonomi atau sistem pertahanan sesebuah negara tanpa bersusah payah dengan pengerahan angkatan tentera yang berskala besar bagi menawan sesebuah negara. Cukup sekadar dengan klik di hujung jari, mereka mampu memporak-peranda dan melakukan segala-galanya tanpa disedari oleh pihak yang gagal menguasai teknologi ini. Dengan fenomena yang dipaparkan, kita bertanggungjawab menguasai bidang ini bagi tujuan mendidik anak-anak didik kita agar membudayakannya dalam kehidupan mereka.

Blog sebagai satu daripada cabang ICT merupakan inovasi yang ampuh bagi merealisasikan modal insan yang berkeupayaan mencipta kecemerlangan. Banyak aspek yang positif dapat dijana melalui penggunaan blog, kerana kita dapat bergerak secara proaktif berbanding kaedah tradisional. Penggunaan blog tidak lagi membatasi kita dengan ikatan jadual dan prosedur-prosedur ketat yang membelenggui kita selama ini. Terpulang kepada empunya diri, sama ada mereka mahu berubah atau mereka diubah oleh persekitaran yang tidak lagi mengenal erti kalimah tunggu apatah lagi simpati. Tepuklah dada, tanyalah minda. Renung-renungkanlah.